• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Halalkan Ganja Punca Peningkatan Kes Kemalangan di Amerika - IIHS

Kajian: Halalkan Ganja Punca Peningkatan Kes Kemalangan di Amerika - IIHS

October 19, 2018 By Han Othman 1 Comment

407
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KANADA ialah negara terbesar terbaharu yang menghalalkan ganja minggu ini, tetapi keputusan dikatakan bakal menyebabkan kesan serius dari segi keselamatan.

Menurut kajian baharu diterbitkan Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS), negeri di Amerika Syarikat (AS) yang menghalalkan ganja atau marijuana untuk tujuan rekreasi atau perubatan mencatatkan kadar kemalangan lebih tinggi berbanding negeri jiran yang mengharamkannya.

Kajian menumpukan kepada negeri Colorado, Nevada , Oregon dan Washington, termasuk negeri negeri seperti Idaho, Montana, Utah dan Wyoming bagi tujuan kawalan. Penganalisis kemudian melihat data kemalangan dari Januari 2012 hingga Oktober 2017 serta meneliti faktor lain seperti populasi, cuaca dan campuran bandar/desa.

BACA >>> #RetroAuto: Prosedur Ujian Alkohol Jalanan Sudah Bermula Sejak 50 Tahun Lalu

Hasilnya, kemalangan meningkat 6 peratus di 4 negeri sejak jualan runcit ganja dibenarkan. Angka berkenaan disokong data polis yang menunjukkan peningkatan 5.2 peratus dalam kadar kemalangan sejak kebenaran diberikan ke atas aktiviti penjualan ganja.

Menurut IIHS, setiap negeri di AS mempunyai undang-undang ganja yang berbeza dan perbezaan tersebut mempengaruhi seberapa kerap pengguna membeli bahan perangsang itu, termasuk di mana mereka membeli dan di mana mereka menggunakannya.

KADAR KEMALANGAN SIGNIFIKAN


Biar apapun peraturan dibuat, Presiden IIHS, David Harkey berkata, kajian dilakukan jelas menunjukkan tindakan menghalalkan ganja untuk semua kegunaan memberikan impak negatif ke atas keselamatan jalan raya.

Malah, kajian jelas menunjukan saling kaitan antara menghalalkan ganja dan peningkatan kadar kemalangan dengan angka signifikan. Namun menurut IIHS, banyak negeri tidak konsisten memasukkan maklumat mengenai penggunaan dadah di kalangan pemandu dalam laporan kemalangan, manakala polisi dan  prosedur untuk ujian dadah tidak konsisten," katanya.

BACA >>> #Videotomotif: Saintis Tidak Sengaja Temui Cara Tukar Emisi Kereta Kepada Alkohol

Malah, apabila ujian dibuat, ia kemungkinan besar tidak lagi muktamad. Tidak seperti alkohol, pemandu boleh memiliki Tetrahydrocannabinol (THC) atau kesan penggunaan ganja dalam badan selama beberapa hari atau minggu selepas mengambil ganja.

SUMBER: CarScoops

Related

407
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amerika Syarikat (AS), AS, Auto Terkini, David Harkey, Ganja, IIHS, Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS), Kanabis, Marijuana, USA

Comments

  1. wqewqewqe says

    October 22, 2018 at 10:13 AM

    nyatakan pandangan peribadi penulis tentang ganja...utk dijadikan pedoman kpd para pembaca

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev