• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mahindra Dedah Enjin Jawa Baharu - Silinder Tunggal 300cc dengan Ekzos Kembar

Mahindra Dedah Enjin Jawa Baharu - Silinder Tunggal 300cc dengan Ekzos Kembar

October 19, 2018 By Aryon Leave a Comment

476
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JAWA! ramai tahu perkataan ini, iaitu etnik kaum paling ramai di Indonesia dan juga nama kepulauan di negara jiran sana. Tapi Jawa di sini tiada kena mengena langsung dengan hal demografi, sebaik automotif!

Jawa ialah motosikal yang diasaskan di Prague, Czechoslovakia (kini menjadi ibu kota Republik Czech) pada 1929. Hari ini pengeluar itu masih mengeluarkan motosikal untuk pasaran Amerika Tengah, Rusia dan Britain walaupun tidak pernah menjengah masuk ke rantau sebelah sini.

Seperti Royal Enfield, Jawa kini dibina di India, tetapi pengeluaran Jawa di negara Asia Selatan itu sudah bermula sejak pertengahan 90-an. Kewujudan jenama itu mengumpul kelompok peminat tersendiri di India dan menjadi antara pencabar terkuat Royal Enfield.

BACA >>> Jawa Muncul Kembali di India, Bakal Cabar Dominasi Royal Enfield

Ini pula berita terbaharu tentang Jawa India yang kini dimiliki Mahindra Auto dan diberikan hak pembuatan motosikal jenama itu sejak 2016. Namun, tiada khabar meyakinkan sejak hak pemilikan itu termeterai hinggalah sekarang. Terkini, Mahindra menyiarkan imej enjin Jawa baharu, sekali gus memberi isyarat kebangkitan semula jenama tersebut.

SILINDER TUNGGAL, EKZOS KEMBAR


Enjin ditunjukkan ialah jenis silinder tunggal berkapasiti 293cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api. Menurut Mahindra, trenkuasa itu mampu menjana kuasa 27hp dan tork 27.9Nm. Ia bukan saja direka dengan penampilan seakan enjin 2-lejang, tetapi juga dibikin supaya berbunyi seperti enjin oldskool itu dengan ekzos yang ditala khas.

Masih tidak dapat dipastikan bagaimanakah Mahindra melakukannya, tetapi pasti ramai peminat permotoran teruja dengan perkembangan tersebut. Bercakap mengenai ekzos pula, dapatkah anda bayangkan situasi tetapan ekzos kembar pada jentera silinder tunggal? Hmm...

BACA >>> Royal Enfield Siapkan Jentera 700cc ke Atas, Mahu Lawan Triumph dan Harley-Davidson

Cuma enjin ditayangkan dan tiada model bayangan didedahkan. Namun, jika Mahindra mampu menghasilkan produk dengan rekabentuk terbaik bersama enjin yang bagus, pasti Jawa menjadi jentera yang cukup kacak atas jalan.

SUMBER: RideApart

Related

476
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 300cc, Auto Terkini, Czechoslovakia, Enjin Jawa Baharu, India, Jawa, Jawa Moto, Mahindra Auto, Motosikal India, Prague

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev