KENDERAAN utiliti sukan (SUV) Toyota Rush generasi kedua yang dibangunkan khas buat pasaran Asean kini tiba di Malaysia dengan slogan 'Rugged Active Lifestyle' (Gaya Hidup Aktif Lasak). Di Malaysia, SUV 7 kerusi itu sudah 10 tahun berada di pasaran tempatan dengan 18,000 unit terjual.
Di pasaran, Rush akan bersaing dengan Honda BR-V dalam kategori segmen SUV segmen-B. Dalam pasaran yang lebih terbuka pula, SUV ini turut berebut pasaran dengan model kenderaan pelbagai guna (MPV) mampu milik buatan pengeluar nasional seperti Perodua Alza dan Proton Ertiga.
BACA >>> Toyota Rush dan Daihatsu Terios (2018) Debut Serentak di Indonesia, Harga Belum Umum
Berikut 13 fakta pantas yang anda perlu tahu tentang Toyota Rush:
1. Dikuasakan enjin 1.5L DOHC 16-injap berkuasa 103hp @ 6,000rpm dan tork 136Nm @ 4,200rpm dengan padanan transmisi automatik 4-kelajuan bersama ciri sistem mula-henti (start-stop) automatik.
2. Rekod penjimatan bahan ialah 15.6km per liter melayakkan SUV ini mendapat penarafan kenderaan cekap tenaga (EEV).
BACA >>> Debut Honda BR-V di Malaysia, Crossover 7-Tempat Duduk Paling Berkuasa
3. Dikeluarkan sebagai model pemasangan tempatan (CKD) di kilang Perodua, dan ditawarkan dalam dua varian:
- Rush S - RM98,000
- Rush G - RM93, 000
Ada lima pilihan warna ditawarkan: White (putih), Silver Metallic (perak), Blue Metallic (biru), Dark Green Metallic (hijau tua) dan Dark Grey Metallic (kelabu gelap).
4. Didatangkan dengan pakej 360-T, terdiri daripada sistem keselamatan terkini seperti: Safe-T Plus, Connectivi-T dan Guaran-T.
5. Safe-T Plus ialah teknologi keselamatan pemanduan moden yang terdiri daripada:
- Pemantauan Titik Buta (BSM) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
- 6 beg udara
- Sistem Pra-Perlanggaran
- Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
- Pemantauan Pandangan Panoramik (PVM)
6. Connectivi-T ialah kemudahan sistem infotainment terkini dengan fungsi konektiviti hiburan dalam kabin:
- DVD-AVX dan USB Mirroring dengan skrin sentuh 6.8 inci
- Palam pengecas USB
- Sambungan Bluetooth
BACA >>> #PanduUji: Selepas Kenal Jenama H Ini, Anda Pasti Tidak Percaya SUV Ini Dari...
7. Guaran-T pula ialah pakej waranti 5 tahun, dan tanpa had perbatuan bagi setiap pembelian Rush, tertakluk terma dan syarat.
8. Penampilan luaran diserlahkan menerusi rekabentuk garis badan tajam dengan warna dua tona yang memberikan kesan visual berbeza. Pemasangan aerokit didatangkan standard untuk kedua-dua varian, dinamakan R-Blade.
9. Imej luaran menampilkan gril krom sebagai reflektor lampu depan LED, manakala lampu belakang juga bercirikan LED. Kedua-dua varian didatangkan standard dengan rim aloi 17 inci dan tayar 215/60.
10. Kabin hitam tampak moden dan premium dengan padanan aksen krom bersama roda stereng dan tombol gear kulit. Konfigurasi kerusi 2-3-2 memberikan akses mudah ke tempat duduk barisan ketiga. Juga ada 13 pemegang cawan dalam kabin.
BACA >>> Toyota Rush dan Daihatsu Terios (2018) Debut Serentak di Indonesia, Harga Belum Umum
11. Lipatan kerusi belakang ialah 50:50 yang menawarkan tambahan ruang kargo seluas 514 liter. Ciri masukan pintar boleh digunakan pemandu dan penumpang depan untuk memudahkan tugas buka dan kunci pintu.
12. Dilengkapi 4 slot elektrik, iaitu 2 palam konvensional 12v dan dua lagi palam USB, terletak di konsol depan dan tepi kerusi pemandu.
13. Ada slot kad Touch n Go sebagai standard seperti mana ditawarkan Myvi serba baharu di sebelah bawah kanan pemandu.
Abi says
Ingat nak beli tapi takde merah pulak