• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Modal RM6k untuk Tukar Yamaha R15 Jadi BMW HP4 Race

#BikinMotor: Modal RM6k untuk Tukar Yamaha R15 Jadi BMW HP4 Race

October 22, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

10.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SESIAPA pun boleh berangan, tetapi tahap kemampuan setiap orang berbeza. Ada yang cuma mampu beli kapcai, atau sportbike kecil atau hanya skuter. Tetapi tipulah jika tiada keinginan untuk memiliki jentera yang lebih besar.

Cuma keinginan itu bergantung pula kepada poket. Ada yang poketnya sentiasa menipis sampai hujung bulan dan ada pula kekal tebal walaupun sudah habis bulan. Namun, kemahuan itu boleh ditunaikan dengan alternatif lain. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

BACA>>>BMW HP4 Race Kini di Malaysia - Enjin 215hp, Harga RM520,900 Sahaja!

Lihatlah apa dilakukan bengkel modifikasi motosikal dari Vietnam ini. Meman tidak masuk akal kalau kita cuba membandingkan Yamaha YZF-R15 dan BMW HP4 Race. Tetapi itulah yang dibuat bengkel LeeAT Moto apabila menukarkan sportbike Yamaha itu kepada superbike BMW.

KOMPONEN UTAMA DIBUANG

Modifikasi Yamaha R153
Modifikasi Yamaha R155
Modifikasi Yamaha R159

Perkahwinan pelik antara motosikal jalanan dan jentera trek itu boleh dijempul ibu jari. Supaya nampak mirip model BMW edisi terhad itu, LeeAT Moto menanggalkan cermin sisi, lampu signal, lampu depan dan belakang, termasuk nombor plat. Sudah tentu jentera trek tidak memerlukan semua komponen berkenaan.

Panel badan diganti dengan rekaan panel lebih agresif yang disesuaikan dengan rekaan BMW HP4 Race. Tangki minyak R15 dipadankan dengan semburan cat biru berhampiran bahagian penutup. Ia kemudian digabungkan dengan lencana BMW pada bahagian fairing untuk memberikan penampilan lebih asli dan tipu daya mata pengguna lain.

BACA>>>Spekulasi Terkini! Yamaha R15 Bakal Gantikan FZ150i?

Modifikasi Yamaha R151
Modifikasi Yamaha R152
Modifikasi Yamaha R158

Melengkapkan penampilan, R15 dipasangkan visor pengadang angin pelbagai warna, manakala pelekat gentian karbon digunakan sebagai pengganti kepada komponen gentian karbon S1000RR HP4 versi asli. Memang nampak seakan-akan original. Jentera Yamaha itu juga dipasangkan bar hendal clip-on dengan fork teleskopik terbalik di depan, yang nampak sama seperti Öhlins FGR 300 yang dimiliki HP4 Race.

BACA>>>Yamaha YZF-R15 Kini di Pasaran, Berapa Harga? Jeng Jeng Jeng...

Ekzos juga digantikan baharu. Bagaimanapun bahagian brek masih dikekalkan, termasuk spesifikasi enjin. R15 yang digunakan ialah model generasi lama dengan kos transformasi menelan belanja lebih kurang RM6,900 supaya tampak seperti superbike trek yang bernilai RM521,000, lebih setengah juta!

GALERI
Modifikasi Yamaha R151
Modifikasi Yamaha R152
Modifikasi Yamaha R153
Modifikasi Yamaha R154
Modifikasi Yamaha R155
Modifikasi Yamaha R156
Modifikasi Yamaha R157
Modifikasi Yamaha R158
Modifikasi Yamaha R159
Modifikasi Yamaha R1510
Modifikasi Yamaha R1511

Related

10.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikinmotor, BMW, BMW HP4 RACE, BMW Motorrad Malaysia, BMW S1000RR HP4, BMW S1000RR HP4 Race, harga yamaha r15, Hong Leng Yamaha Motor, Modifikasi, roda2, Yamaha, Yamaha R15, Yamaha YZF-R15

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev