• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Fiesta ST-Line Red dan Black Edition (2019) Perkenal Strip dan Warna Sporty

Ford Fiesta ST-Line Red dan Black Edition (2019) Perkenal Strip dan Warna Sporty

October 15, 2018 By Han Othman Leave a Comment

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORD Fiesta generasi baharu tampil lebih berseri dengan pengenalan ST-Line Red dan Black Edition. Hatchback segmen-B ini menggunakan enjin 1.0L EcoBoost berkuasa 138hp dengan transmisi manual 6-kelajuan, sama seperti model Fiesta ST-Line.

Kedua-dua model mengetengahkan perincian luaran dan dalaman yang unik. Rupa luaran menampilkan warna badan Race Red (merah) dan Panther Black (hitam) dengan strip hitam kusam atas bonet bersama strip sisi kecil dalam warna hitam atau merah berkilat. Perincian lain ialah spoiler warna badan, penutup cermin sisi hitam, dan rim aloi 17 inci dengan rekaan unik .

BACA >>> 10 Kereta Paling Laris di UK Setakat April 2018 - Ford Fiesta Selesa di Atas

Skema sporty terus diserlahkan pada ruang dalaman dengan aksen merah yang dapat dilihat seluruh kabin, daripada papan pemukan hingga kerusi sport kulit dan panel pintu. Meningkatkan lagi elemen sporty ialah sulaman benang merha pada roda stereng kulit, tombol gear, brek tangan, panel pintu dan karpet lantai.

Menurut Ford, Fiesta ST-Line Red dan Black Edition (2019) menawarkan teknologi kereta moden seperti lampu utama dengan sensor gelap (dusk-sensing), lampu siang (DRL) LED, lampu belakang LED, lampu kabus depan dengan fungsi belokan, Bantuan Kekal Lorong (LKA), Pengehad Halaju dan Bantuan Mula Daki (HSA). Semuanya diberikan secara standard, manakala pakej opsyen menawarkan ciri Bantuan Pra Perlanggaran dengan Pengesan Pejalan Kaki, Pengecaman Tanda Trafik (TSR), Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS) dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

Sistem infotainment SYNC 3 direka supaya serasi dengan sistem operasi Apple CarPlay dan Android Auto yang dipadukan bersama sistem bunyi B&O dan ciri lain. Ford Fiesta ST-Line Red dan Black Edition (2019) kini sedia ditempah untuk pelanggan di Eropah.

BACA >>> #GIMS2017: Ford Fiesta ST (2017) dengan Enjin 3-Silinder Akhirnya Tunjuk Muka

GALERI

SUMBER: CarScoops

Related

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ford, Ford Fiesta, Ford Fiesta ST-Line Black Edition (2019), Ford Fiesta ST-Line Red Edition (2019), hatchback, Roda4, Segmen B, Segmen-B Hatchback

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • OMODA C9 PHEV Bakal Lancar di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM220k!
    OMODA C9 PHEV Bakal Lancar di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM220k!
  • JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?
    JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev