UNIK tentang automotif Jepun ialah model pasaran domestik, dipanggil JDM, yang hanya dikeluarkan untuk jualan tempatan sahaja. Boleh dikatakan hampir semua pengeluar Jepun ada versi JDM masing-masing daripada model sekecil Keicar hingga prestasi tinggi seperti WRX dan GT-R.
Terbaharu, pengeluar Keicar, Daihatsu melancarkan model Boon Style Edition Boon turut dikenali sebagai Daihatsu Sirion atau kembarnya yang lebih premium, Toyota Passo. Di Malaysia, Boon ialah model asas Myvi yang dijenamakan semula sebelumPerodua diberikan kebebasan menghasilkan rekabentuk Myvi baharu.
Dilancarkan bersama Boon versi dipertingkat, edisi Style ini dibezakan dengan garis bulat dan lembut, yang membentuk kesan siluet yang comel dan unik dalam warna merah jambu, digelar Daihatsu sebagai Juicy Pink Metallic.
BACA >>> Model 'Oldskool' Jadi Ilham, Kereta Konsep Daihatsu Imbau Rekabentuk Retro
Warna badan didatangkan dalam kemasan satu atau dua tona dengan bumbung putih, dan ada juga versi Powdery Beige Metallic (kuning air), tetapi Daihatsu buat masa ini seakan cuba menarik minat peminat Hello Kitty supaya meminati model subkompak itu.
Hatchback segmen-B ini juga menampil rim aloi 14 inci uni dengan lampu kabus LED, trim luaran putih, aksen dalaman magenta, upholsteri sued-faux dan cermin khas dengan penapis sinaran ultraungu dan infra merah.
Boon Style Edition ini dijual pada harga ¥1,522,800 (RM56,576) untuk pacuan roda depan (FWD) atau ¥1,718,280 (RM63,838) untuk pacuan semua roda (AWD). Tetapi, itu bukan versi Boon paling mahal pernah ditawarkan Daihatsu untuk JDM, kerana harganya tidak banyak berbeza dengan varian premium untuk kelas supermini seperti Perodua Axia.
Boon dipertingkat berharga ¥1,177,200 (RM43,736) untuk varian asas X, manakala versi premium ¥1,891,080 (RM70,258) untuk Boon CILQ dengan Pakej G dan AWD.
BACA >>> Foto Daihatsu 'Sirion Myvi' Dikesan di Indonesia, Selamat Diimport dari Malaysia
GALERI
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply