• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Multistrada 1260 Enduro dengan Prestasi Sporty untuk Kembara Lebih Seronok

Ducati Multistrada 1260 Enduro dengan Prestasi Sporty untuk Kembara Lebih Seronok

October 15, 2018 By Abang Hirata 1 Comment

259
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MINGGU lalu kami ada siarkan artikel mengenai imej acah Ducati baharu. Telahan kami nampaknya benar apabila Ducati melancarkan Multistrada 1260 Enduro, 12 Oktober lalu. Model itu ialah tambahan kepada siri Multistrada yang dilancarkan tahun lalu di Eropah dan Malaysia, September lalu.

Multistrada 1260 Enduro mula diperkenalkan pada 2016 dan dikatakan lebih mesra penunggang dan menyeronokkan, termasuk dibekalkan teknologi, prestasi dan keselesaan menunggang dalam pelbagai betuk rupa bumi.

BACA >>> Ducati Siar Foto Acah, Model Baharu Lancar Jumaat Ini! Adakah Multistrada 1260?

Jentera jelajah advencer itu menggunakan enjin 1262cc Testastretta DVT berkuasa 158hp, sama seperti Multistrada 1260 yang diperkenalkan sebelum ini. Berbeza Enduro dahulu, model baharu kali ini memiliki sesaran lebih besar (ekstra 64cm3) dan beberapa penambahbaikan yang memberikan tunggangan lebih lancar dan pecutan pada rev rendah.

Berikut ciri Ducati Multistrada 1260 Enduro baharu:

  • Enjin Testastretta lebih besar dan berkuasa, kurang tukaran gear dan penunggang boleh fokus kepada tunggangan.
  • Kuasa dikawal melalui fungsi mod tunggangan - Riding Modes.
  • Teknologi Ride-by-Wire membolehkan kawalan terotel lebih lancar.
  • Teknologi DQS (Ducati Quick Shift) Up & Down menjadikan tukaran gear lebih tepat dan sedap serta tanpa klac.
  • Pakej bantuan elektronik standard - Belokan ABS Bosch, Lampu Belok, Kawalan Wheelie (WC), Kawalan Traksi Ducati (DTC) dan Kawalan Pegun Kenderaan (VHC).
  • Rim 19 inci (depan) dan 17 inci (belakang).
  • Sistem suspensi elektronik separa aktif Sachs yang dikalibrasi semula dengan jarak kelegaan 185mm depan dan belakang.
  • Tangki minyak 30 liter dengan jarak perjalanan hingga 450km.
  • Skop ergonomik baharu (Pelana, hendal dan pusat graviti - lebih rendah berbanding versi 1200 lain) dan talaan suspensi untuk lebih selesa dan seronok dalam apa jua keadaan tunggangan.
  • Sistem paparan TFT berwarna 5 inci dengan paparan maklumat dan fungsi tetapan motosikal.
  • Sistem multimedia - Ducati Multimedia System (DMS) dengan fungsi panggilan telefon masuk, mesej ringkas dan muzik.
  • Dilengkapi kawalan jelajah dan sistem bebas tangan.
  • Serasi dengan Ducati Link App - aplikasi mobil yang membolehkan penunggang menetapkan tetapan motosikal menggunakan telefon pintar seperti ABS, DTC dan lain-lain.
  • Ada maklumat penyenggaraan, manual pengguna dan lokasi kedai Ducati.
  • Pemilik turut boleh merakamkan maklumat laluan pengembaraan dengan orang lain.

Multistrada 1260 Enduro boleh didapati dalam warna: Ducati Red (merah) dan Sand (kuning cair), termasuk ditawarkan opsyen aksesori simpanan barang atau pakej Touring, Sport, Urban dan Enduro.

Multistrada 1260 Enduro tidak ditayangkan di Pameran Motosikal Antarabangsa (Intermot) 2018 lalu kerana Ducati sengaja menyimpan model itu untuk ditayangkan sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018, November depan. Di pasaran, motosikal ini hanya akan menemui pelanggan pada awal tahun depan.

BACA >>> #Intermot2018: Ducati Perkenal 3 Scrambler (2019) - Full Throttle, Café Racer dan Desert Sled

GALERI

Related

259
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: adventure touring, Ducati, Ducati Multistrada, Ducati Multistrada 1200 Enduro, Jelajah Advencer, motosikal, roda2

Comments

  1. MOHAMAD AMIRUL FIRDAUS says

    October 15, 2018 at 3:45 PM

    motosikal kegemaran. fuhh bila lah dapat memilki jentra nih

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev