• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ingatkan Tidur, Dua Remaja Ditemui Maut Berbaring dalam Kereta

Ingatkan Tidur, Dua Remaja Ditemui Maut Berbaring dalam Kereta

October 10, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

431
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUA remaja ditemui mati dalam sebuah Perodua Myvi hari ini di Kampung Jaya Baru dekat Kinabatangan, Sabah, hari ini, menurut laporan dipetik Astro Awani, sebentar tadi.

Insiden mengejutkan itu berlaku jam 11.46 pagi hari ini, apabila mangsa, Mohd Fitri Haimin dan Mohd Helmi Muhammad, masing-masing berusia 19 tahun dijumpai maut di kerusi depan kereta yang diparkir di tepi jalan kampung itu.

Sejurus mendapat aduan kecemasan, pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan lantas bergegas ke tempat insiden, kata Ketua Polis Daerah Kibanabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat.

BACA >>> Saintis Muda Ini Sahkan Tidur Dalam Kereta Memang Berisiko Maut

Menurut A Sahak, berdasarkan siasatan awal, kereta putih itu ditemui diparkir di tepi jalan dalam keadaan enjin kereta masih dihidupkan dan dua lelaki dilihat berbaring (tidur) di bangku depan.

"Selepas diketuk cermin dan pintu kenderaan, kedua-dua lelaki tersebut langsung tidak bergerak," katanya.

Apabila usaha membuka pintu gagal, Bomba Kinabatangan dipanggil untuk membantu sebelum  pintu kenderaan berjaya dibuka dan pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan luaran terhadap tubuh mangsa.

"Mangsa disahkan mati dalam kenderaan oleh pegawai perubatan Hospital Kinabatangan yang membuat pemeriksaan keatas kedua-dua mangsa yang masih dalam kenderaan," katanya.

Menurut A Sahak lagi, mayat mangsa kini dibawa ke Hospital Kinabatangan dan proses bedah siasat akan dilakukan jam 9 pagi esok.

SUMBER:Astro Awani

Related

431
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: astro awani, Auto Terkini, Maut Tidur Dalam Kereta, Mohd Fitri Haimin, Tidur Dalam Kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev