• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MAI, Proton Meterai Kerjasama Pertingkat Kualiti Pembekal Ikut Standard Antarabangsa

MAI, Proton Meterai Kerjasama Pertingkat Kualiti Pembekal Ikut Standard Antarabangsa

October 9, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

33
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INSTITUT Automotif Negara (MAI) dan Proton Holdings Berhad (Proton) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mengoptimumkan perkongsian sumber supaya dapat digunakan dalam membangunkan rangkaian pembekal alat ganti dan komponen Proton yang memenuhi standard antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAI, Datuk Madani Sahari berkata, kerjasama ini melibatkan pelbagai sumber daripada kedua-dua pihak bagi memaksimumkan penggunaan infrastruktur pembangunan automotif sedia ada.

BACA >>> Tempahan Proton X70 Kini Dibuka - Deposit Cuma RM1k

Menerusi program kecemerlangan disediakan MAI, pembekal terlibat dapat mengoptimumkan pembangunan modal insan, perniagaan dan pembangunan teknologi. Program tersebut terdiri daripada:

  • Program Pengukuhan Keusahawanan Pengedar
  • Program Transformasi Bengkel
  • Sistem Pengeluaran Lean
  • Kejuruteraan Pensijilan Industri Automotif
  • Program Kejuruteraan Rekabentuk dan Prototaip
  • Program Kecemerlangan Pembekal Automotif
  • Program Sijil Profesional Industri
  • Program Perantis Lepasan Siswazah Industri

"Semua program sudah sedia dilaksanakan. MAI dan Proton akan bekerjasama untuk menyesuaikan semua program tersebut mengikut keperluan perniagaan, teknologi dan rangkaian bekalan syarikat," kata Madani.

Majlis MoU itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong dan turut disaksikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamed dan Timbalan Setiausaha Agung (Industri), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Datin K Talagavathi.

- Diana Ismadi

Related

33
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Madani Sahari, Dr. Li Chunrong, Institut Automotif Malaysia (MAI), Malaysia Automotive Institute (MAI), memorandum persefahaman (MoU), Mou, Pembekal Proton, Proton, PROTON Holdings Berhad, Vendor Proton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev