• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Exciter Aniversari ke-20 Sempena Rai Ulang Tahun Operasi di Vietnam

Yamaha Exciter Aniversari ke-20 Sempena Rai Ulang Tahun Operasi di Vietnam

October 8, 2018 By Aryon Leave a Comment

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIDAK lama selepas dilancarkan Yamaha Vietnam melancarkan warna baharu Exciter (Y15ZR di Malaysia) sempena ulang tahun ke-20 pengeluar itu beroperas di negara tersebut dengan harga 48 juta dhong (RM8,600), sama seperti versi Movistar dan lebih premium.

BACA >>> Yamaha Exciter 150 (Y15ZR Versi Vietnam) Lancar - Honda Winner Mula Risau

Selain Exciter, ada dua model lain yang turut mendapat sentuhan khas sempena aniversari ke-20 itu, iaitu Sirius dan NVX.

Exciter versi ulang tahun itu ditampilkan dengan warna putih-kelabu dengan gabungan biru firus (turquoise) pada lampu utama dan hendal belakang. Fairing depan diserikan dengan strip dekal dekoratif, manakala sisi motosikal ditambah logo aniversari ke-20. 

Secara teknikal, motosikal itu tiada beza dengan versi standard sedia ada. Masih lagi memiliki lampu utama LED penuh dalam 3 kluster, dengan lampu tengah untuk suluhan dekat berserta mod iluminasi 3 tetapan. Atas kertas, Exciter ialah pesaing kuat kepada Honda Winner (RS150R). Ketika diperkenalkan, antara penambahbaikan dibuat ialah penggunaan tayar depan 90/80 dengan rim 17 inci di depan dan belakang.

Panel meter kini bercirikan digital penuh berbanding digital-analog untuk versi lama, dengan memaparkan maklumat tunggangan seperti spidometer, odometer dan takometer, serta bar minyak. Dimensi pula menawarkan panjang 1,985mm, lebar 670 mm, tinggi 1,100mm dan berat 117kg, iaitu lebih panjang, rendah dan berat berbanding model lama. Tinggi pelana ialah 795mm.

BACA >>> Siapa Menang? Lumba Drag Yamaha Y15ZR vs Honda RS150R (Versi Vietnam)

Nadi kuasa yang menjadi Exciter baharu ini ialah enjin silinder tunggal 149.7cc SOHC dengan output maksimum 15.1hp @ 18,500rpm dan tork maksimum 13.8Nm @ 7,000rpm yang dipacu dalam kotak gear manual 5-kelajuan. Tiada naik taraf signifikan dibuat hingga mengundang keluhan di kalangan pembeli di Vietnam kerana harga jualan meningkat hingga 2 juta dong (RM360). Tidaklah banyak, kalau dibanding tauke kedai motor di Malaysia. Mmm...

GALERI
yamaha-exciter-vietnam-20th-anniversary-3
yamaha-exciter-vietnam-20th-anniversary-2
yamaha-exciter-vietnam-20th-anniversary-6
yamaha-exciter-vietnam-20th-anniversary-1
yamaha-exciter-vietnam-20th-anniversary-4
yamaha-exciter-vietnam-20th-anniversary-8
yamaha-exciter-vietnam-20th-anniversary-5
yamaha-exciter-vietnam-20th-anniversary-7

SUMBER: Zing.vn

Related

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kapcai, Moped, super moped, Vietnam, Yamaha, Yamaha Exciter (2018), Yamaha Exciter Aniversari ke-20, Yamaha Vietnam, Yamaha Y15ZR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev