• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Thailand Lancar Siri MT Paling Bongsu - Yamaha MT-15!

Thailand Lancar Siri MT Paling Bongsu - Yamaha MT-15!

October 8, 2018 By Aryon 1 Comment

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Thailand secara rasmi melancarkan MT-15 serba baharu untuk pasaran negara itu pada harga 98,500 baht (RM12,443). Sportbike naked itu dikatakan bakal menggantikan model MSlaz (Thailand) atau Xabre (Indonesia), tetapi masih belum dipastikan sama ada ia model pengganti atau akan dibariskan bersama model sedia ada itu.

Dari segi penampilan, MT-15 mirip imej ditunjukkan foto intip yang berlegar di media sosial dari negara jiran, Indonesia. Masih mengekalkan DNA sama seperti famili MT lain yang lebih senior dengan sosok badan berotot, dan paling menonjol ialah wajah depan seperti kepala predator.

BACA >>> 7 Fakta Pantas Tentang Yamaha MT-09 Facelift (2018) - Harga RM47,388

Casis menggunakan frem deltabox (sama seperti R15), swingarm aluminium dan suspensi depan terbalik (USD). Enjin digunakan pula sama seperti dipasangkan pada R15, berkapasiti 155cc DOHC penyejukan cecair dan empat injap serta transmisi 6-kelajuan dengan klac sliper yang dipadukan bersama teknologi VVA (Variable Valve Actuation).

Spesifikasi lain ditunjukkan ialah tayar tiubles 110/70 17 54s (depan) dan 140/70 17 66s (belakang), kapasiti tangki 10 liter, tinggi pelana 810mm dan berat 133kg.

MT-15 KE MALAYSIA?


Siri MT diperkenalkan Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) untuk pasaran Malaysia diletakkan dalam kategori 'BIG BIKE' (motosikal besar) di bawah label 'MT SERIES' dengan membariskan tiga pilihan model: MT07, MT09 dan MT09 Tracer.

Jika MT-15 diperkenalkan, pastinya model serba baharu itu akan menjadi tambahan baharu dalam kategori 'STREET' yang lebih bersifat marhaen dan mampu milik. Setakat ini cuma 3 model saja berada dalam kategori tersebut, iaitu YZF-R15, FZ150i dan YZF-R25.

BACA >>> Yamaha MT-09 Tracer CKD Kini Di Malaysia - Harga Turun RM7,900

GALERI
yamaha-mt-15-thailand-7
yamaha-mt-15-thailand-9
yamaha-mt-15-thailand-10
yamaha-mt-15-thailand-3
yamaha-mt-15-thailand-5
yamaha-mt-15-thailand-6
yamaha-mt-15-thailand-8
yamaha-mt-15-thailand-4

Related

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, HLYM, Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM), MT Series, naked bike, roda2, sportbike, Sportbike Naked, Thailand, Yamaha MT-15, Yamaha Thailand

Comments

  1. syamshiah Fakeh says

    October 9, 2018 at 11:10 AM

    malaysia ade tak nate ni?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev