APRILIA memberikan beberapa suntikan pembaharuan untuk model Shiver 900 (2019) sempena Pameran Motosikal Antarabangsa (Intermot) 2018 menerusi ekzos baharu dan skema warna baharu, Challenging Red (merah) dan Innovation Dark (hitam).
Shiver (2019) mampu menjana kuasa 94bhp yang juga boleh dihadkan kepada 47hp untuk penunggang lesen A2, sekali gus memberikan pilihan kepada mereka menaik taraf lesen tanpa perlu membeli motosikal baharu.
BACA >>> Aprilia Tuono V4 1100 Factory (2019) Terima Suspensi Öhlins Semi-Aktif?
Tiada ciri belokan ABS, tetapi dibekalkan teknologi Continental 2 saluran dengan 3 mod tunggangan, skrin pemuka TFT 4.3 inci (juga ada pada RSv4 dan Tuono V4) dan konektiviti multimedia untuk panggilan, muzik dan navigasi yang dikawal menerusi aplikasi pada telefon pintar.
Apa lagi? Ini termasuk unit kawalan elektronik (ECU) Marelli 7SM, dengan kawalan traksi boleh laras yang boleh diaktifkan dan dimatikan fungsi.
BACA >>> Aprilia RSV4 RF Limited Edition - Superbike Pertama Ada Winglet, Cuma 125 Unit
SPESIFIKASI
APRILIA SHIVER 900 (2019)
ENJIN: 896cc V-Twin penyejukan cecair
PRESTASI: 94hp / 89Nm
BERAT: 218kg (kerb)
TINGGI PELANA: 810mm
HARGA: Akan dimaklumkan
SUMBER: MCN
Leave a Reply