• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mitsubishi Eclipse Cross Menang Good Design Award 2018

Mitsubishi Eclipse Cross Menang Good Design Award 2018

October 6, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

231
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MITSUBISHI Motors kini sedang dalam era kebangkitan. Xpander misalnya menjadi antara model Mitsubishi yang menerima sambutan hangat di Indonesia hingga pengeluaran terpaksa ditambah. Lebih mengujakan, kenderaan pelbagai guna (MPV) itu berjaya bersaing hebat dengan model 'sejuta umat', Toyota Avanza.

Pernah juga jualan Xpander mengatasi Avanza. Apabila dipasarkan di negara kita kelak pasti lebih meriah dan menarik kerana ia bakal bersaing dengan Honda BR-V yang cukup popular sekarang ini.

BACA >>> Brosur Bocor Dedahkan Nama MPV Mitsubishi Baharu, 'Xpander' Bukan 'Expander'

Selain Xpander, Mitsubishi mempunyai sebuah lagi model yang meningkat naik, iaitu Eclipse Cross. Sama seperti Xpander, kenderaan utiliti sukan (SUV) yang diposisikan antara ASX (subkompak) dan Outlander (kompak) itu masih belum dipasarkan secara meluas, baru saja dipasarkan di Singapura, Jepun, Australia dan Amerika Syarikat (AS).

DIIKTIRAF BADAN PROFESIONAL


Namun, Eclipse Cross sudah diiktiraf badan profesional seperti Institut Galakan Rekabentuk Jepun (Japan Institute of Design Promotion) yang memilih SUV itu untuk Anugerah Rekabentuk Baik (Good Design Award) 2018. Tidak menghairankan kerana sekali pandang pun memang nampak unik dan menarik.

Rekabentuk luaran menggabungkan gaya SUV dalam bentuk coupé. Walaupun ala kereta sport, badannya tinggi dan ruang kabin juga luas. Rekabentuk begitu sudah jadi trend automotif, cuma bezanya Mitsubishi kekal dengan elemen malar segar dan tidak terlalu agresif seperti robot bergerak.

BACA >>> Apakah Pro dan Kontra Mitsubishi Eclipse Cross (2018)?

Antara faktor pemilihaan Eclipse Cross untuk anugerah itu ialah bentuk baji (wedge) yang menyerlah dan garis badan menarik. Jawatankuasa pemilihan juga menggemari saiz kabin dan keselesaan SUV itu walaupun bergaya coupé.

Anugerah tersebut bukan biasa-biasa,  dimulakan sejak 1957 dan pernah dikenali melalui tanda G. Sejak  60 tahun lalu, lebih 45,000 tanda G dikeluarkan dan terkenal serata dunia. Seperkara lagi yang ingin dikongsi, penulis pernah terserempak Eclipse Cross dari Singapura di Lembah Klang dan memang benar SUV tersebut begitu  terampil dan unik!

BACA >>> Apakah Pro dan Kontra Mitsubishi Eclipse Cross (2018)?

GALERI
Eclipse Cross - Good Design Award 2018 logo
Mitsubishi Eclipse Cross
mistsubishi-eclipse-cross-25
mistsubishi-eclipse-cross-24
mistsubishi-eclipse-cross-23
mistsubishi-eclipse-cross-22
mistsubishi-eclipse-cross-20
mistsubishi-eclipse-cross-21
mistsubishi-eclipse-cross-16
mistsubishi-eclipse-cross-19
mistsubishi-eclipse-cross-17
mistsubishi-eclipse-cross-7
mistsubishi-eclipse-cross-6

Related

231
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Anugerah Rekabentuk Baik (GDA) 2018, Good Design Award (2018), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Mitsubishi, Mitsubishi Eclipse Cross, Mitsubishi Motors, Rekabentuk, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev