• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mitsubishi ASX Juro (2019) dengan Wajah Dynamic Shield Kini di UK

Mitsubishi ASX Juro (2019) dengan Wajah Dynamic Shield Kini di UK

October 5, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MITSUBISHI ASX ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak yang berkongsi segmen dengan Honda HR-V, Mazda CX-3, dan Toyota C-HR. Berbanding pesaing lain, ASX muncul dahulu dan kali pertama kali dilancarkan pada 2010.

Di pasaran tempatan, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) agresif memasarkan ASX dengan menampilkan pelbagai kemas kini dan naik taraf. SUV itu bukan calang-calang model kerana sudah dipasarkan di banyak negara dunia, di Barat dan Timur.

Walaupun sudah berusia, ASX masih lagi berada di pasaran dan Mitsubishi terus giat memasarkan model itu. Mislanya, di Britain, ASX tampil dengan wajah korporat baharu Mitsubishi, dinamakan Dynamic Shield.

BACA >>> Promosi CNY, Mitsubishi ASX 2WD Hanya RM99,000 - Harga Memang Tak Masuk Akal

Terbaharu Mitsubishi UK meringkaskan pilihan SUV itu kepada satu varian sahaja: ASX Juro. Varian baharu itu ialah 'entry point' untuk jenama Mitsubishi dan masih kekal mewah. Berbeza ASX versi Malaysia dengan enjin 2.0L MIVEC, ASX Juro digerakkan enjin 1.6 MIVEC berkuasa 117hp dan tork 154 Nm.

Prestasi enjin biasa sahaja dengan pecutan 0-100kmj mengambil masa 12.2 saat, manakala kelajuan maksimum 182 kmj. Walaupun sesaran enjin sederhana, ASX Juro dipasangkan rim aloi 18 inci (Malaysia - 17 inci) dan beberapa ciri lain seperti cermin privasi, lampu kabus depan, masukan tanpa kunci, suis tekan/mula, kerusi depan dengan pemanas, kamera undur dan sistem audio dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Harga Mitsubishi ASX Juro di UK bermula £19,195 atau RM103,208. Sebagai perbandingan, ASX 2.0 2WD tempatan dipasarkan pada harga sekitar RM110,000.

Selain itu, Triton baharu turut dikemaskan dengan wajah Dynamic Shield. Persoalannya, adakah ASX wajah baharu itu akan dipasarkan di negara kita? Nampaknya, belum ada jawapan lagi daripada MMM.

BACA >>> Mitsubishi Akan Lancar Triton Baharu dengan Rupa Depan Dynamic Shield?

GALERI

Related

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Dynamic Shield, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Mitsubishi, Mitsubishi ASX, Mitsubishi ASX Juro, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), MMM, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev