KAWASAKI rasmi membuka selimut model aras mula Ninja 125 dan Z125 untuk tontonan umum sempena Pameran Motosikal Antarabangsa (Intermot) 2018. Kehadiran jentera berkenaan disasarkan kepada penunggang muda Eropah dengan lesen A1. Walaupun memiliki trenkuasa bersesaran kecil penampilan kedua-dua jentera mirip abang besar masing-masing.
BACA >>> Kawasaki Bakal Perkenal Ninja Paling Bongsu Hujung Tahun Ini
Ninja 125 (2019) didatangkan dengan fairing penuh bersama padanan imej lebih tajam dari depan hingga belakang. Bermula tangki minyak, madgad depan, mufler dan roda jelas mirip Ninja 300. Bagaimanapun, kecerunan belakang jentera sama seperti Ninja 650 versi terkini.
Sementara itu Z125 (2019) tentunya meminjam penampilan barisan produk siri Z. Naked bike itu tampil dengan skema warna hitam dan putih dengan frem trellis hijau. Sekali pandang nampak seperti Z650 mini.
Kedua-dua model, Ninja 125 dan Z125 dikuasakan enjin silinder tunggal 125cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 14.8hp dan tork 11.6Nm.
BACA>>>Kawasaki 125 Baharu Sah Debut Bulan Depan Sempena Intermot 2019!
Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan melalui transmisi klac basah 6-kelajuan. Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork teleskopik 37mm dan monoshock prabeban boleh laras. Keupayaan membrek dikendalikan brek cakera 290mm (depan) dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan brek cakera 220mm (belakang).
Bagi memenuhi kepelbagaian keperluan, Kawasaki menawarkan dua opsyen ketinggian pelana: 785mm atau 805mm untuk Ninja 125, dan Z125 (780mm atau 815mm). Berat jentera boleh dikatakan ringan, iaitu 148kg (Ninja 125) dan 146kg (Z125) yang memudahkan model ini dikendalikan penunggang baharu.
BACA >>> #TunggangUji : Kawasaki Ninja 250 (2018) - Adakah Ini Kuasa yang Anda Nantikan?
MODEL 125cc LEBIH POPULAR DI EROPAH
Bakal bersaing dengan KTM 125 Duke dan RC 125 di Eropah, khabarnya kedua-dua produk Kawasaki berkenaan dikeluarkan dari kilang Indonesia. Adakah model ini bakal dibawa masuk oleh Kawasaki Motors Malaysia?. Secara peribadi,cukup mustahil!. Dan...mengapa Kawasaki hanya memilih pasaran Eropah untuk memasarkan produk di bawah 250cc tersebut?.
Ini kerana motosikal bersesaran kecil lebih laku di sana berbanding motosikal 150cc, 250cc atau 300cc. Di samping itu, undang-undang pengangkutan hanya membenarkan remaja berusia 16 tahun mengambil lesen motor 125cc sahaja. Setelah berusia 18 tahun barulah mereka boleh mendapatkan lesen tingkat lanjutan untuk menunggang motosikal di atas 300cc. Maka tidak pelik jika motosikal 250cc atau 300cc tidak terlihat di Intermot. Motor yang berkapasiti 500cc lebih popular.
BACA>>>Bagaimanakah Cat Boleh Hilangkan Calar Seperti Kawasaki Ninja H2 (2019)?
Leave a Reply