• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Shell Advance AX 5 Baharu Dilancarkan

BERITA AUTO: Shell Advance AX 5 Baharu Dilancarkan

May 7, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

(L-R) Shell Msia Trading MD Tuan Hj Azman Ismail, Shell Lubricants Cluster Technical Mgr J P Requejo, Cluster Marketing Mgr Alex Lim and Cluster General Mgr Troy Chapman with the new Shell Advance AX 5 4T Scooter Oil

BERITA baik buat pemilik  skuter. Shell kini melancarkan minyak pelincir Shell Advance AX 5 4T 15W40 serba baharu yang dicipta khas untuk skuter empat lejang. Ia direka untuk melindungi enjin skuter lebih baik,  Shell menjanjikan prestasi minyak yang boleh dipercayai menerusi pertukaran gear lancar, keseronokan tunggangan dan bunyi lebih senyap.

Pengurus Besar Kelompok, Asia Tenggara, Shell Lubricants, Troy Chapman berkata, Shell Advance AX 5 4T 15W40 dirumus dengan mengambil kira keperluan penunggang motosikal, khususnya pemilik skuter.

“Minyak pelincir ini mampu membantu menanggalkan enapan dan mengekalkan kelikatan dalam keadaan terbaik bagi penggunaan lebih lama," katanya.

Pek standard 800ml berharga RM21.50 di Semenanjung Malaysia dan RM22.00 (Sabah dan Sarawak).

CABARAN SAATC

Serentak pelancaran Shell Advance AX 5 4T 15W40, Shell Malaysia turut merasmikan kempen pencarian penunggang muda Malaysia berbakat bagi menyertai cabaran Piala Bakat Asia Shell Advance (SAATC) 2015. Dalam kejohanan sulung tahun ini, 22 penunggang muda, termasuk tujuh penunggang tempatan bakal bersaing dalam lapan perlumbaan di enam pusingan, iaitu Qatar, Indonesia, China, Jepun dan Malaysia.

(L-R) 2014 Shell Advance Asia Talent Cup riders Ibrahim Norrodin, Nazirul Izzat Bahauddin, Fakhrusy Syakirin Rostam, Muhd Shafiq Ezzariq and Muhd Shafiq Rasol posing with Shell Msia Trading MD Tuan Hj Azman Ismail (L-R)  J P Requejo, Tuan Hj Azman Ismail, 2014 SAATC riders Shafiq Ezzariq, Ibrahim Norrodin, Shafiq Rasol, Fakhrusy Syakirin Rostam, Nazirul Izzat Bahauddin , Sports Ministry's Azlan Hj Johan, Troy Chapman and Alex Lim

“Kami berharap dapat mencungkil lebih ramai bakat pelumba baru yang mampu berdaya saing bagi menghadapi perlumbaan motosikal peringkat tertinggi,” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Azman Ismail.

Sementara itu, Shell bakal memilih tiga pelanggan bertuah yang bakal membawa pulang replika motosikal lumba SAATC eksklusif dan pengalaman VIP di MotoGP Malaysia 2014, Oktober depan. Terdapat juga jaket SAATC eksklusif dan pek minyak Shell Advance Ultra 4T untuk dimenangi mereka yang membeli mana-mana minyak pelincir Shell Advance 4T.

Caranya, pembeli hanya perlu menghantar kod unik lima digit yang boleh didapati pada pek bersama kod Kedai dan menjawab satu soalan mudah melalui SMS.

Peraduan berlangsung 1 Mei-1 Ogos 2014 di Semenanjung Malaysia, manakala 1 Jun-1 Ogos 2014 di Sabah dan Sarawak. Maklumat lanjut tentang produk dan promosi terbaru Shell Advance, layari www.shell.com.my/advance-ride-on.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2015, AX 5 15W40, motosikal, Piala Bakat Asia Shell Advance, SAATC, Shell Advance AX 5, Shell Lubricants, Shell Malaysia, skuter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev