• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Auris GR Sport Baharu Debut di Paris

Toyota Auris GR Sport Baharu Debut di Paris

October 3, 2018 By Han Othman Leave a Comment

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Yaris GR Sport baharu didedahkan sempena Pameran Motor Paris 2018 yang mengambil ilham rekabentuk Yaris GRMN.

Model baharu ini akan dijual eksklusif dengan trenkuasa hibrid petrol-elektrik 1.5L, dan setiap model mendapat modifikasi GRMN yang terdiri daripada absorber Sach Performance dan bar anti-oleng solid, serta profil lebih rendah 11mm berbanding versi standard.

BACA >>> #GIMS2017: Toyota Yaris GRMN (2018), Hot-Hatch Bukan Turbo, Tapi Supercharged 205hp!

Secara visual, Auris GR Sport tampil dalam warna badan putih dan dipadankan set rim aloi 17 inci dan tayar Bridgestone, sama seperti model Yaris GRMN. Bahagian bumbung dihitamkan, termasuk spoiler, cermin sisi, gril dan perumah lampu kabus, manakala lampu utama direka unik.

Sebagai tambahan, pembeli boleh menambah dekal merah pada lid bampar depan, dan juga bawah bampar belakang. Setiap kereta juga mendapat cermin gelap sebagai standard.

Menjengah ruang kabin, Auris GR Sport diberikan kerusi sport dan roda stereng 3-jejari daripada model GT 86. Jarum meter menampilkan grafik istimewa yang menyala apabila enjin dihidupkan. Ambien dalaman pula dikemaskan dengan trim krom satin dan pelapik bumbung hitam.

BACA >>> Toyota Corolla GR yang Berkuasa, dan Seronok Dipandu Bakal Muncul?

Harga masih belum diumumkan Toyota.

GALERI

SUMBER: AutoExpress

Related

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, hot-hatch, Pameran Motor Paris 2018, Roda4, Toyota, Toyota Auris, Toyota Auris GR Sport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my