• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mazda Sahkan Perkenal Hibrid dan EV dengan Enjin Rotari Menjelang 2020

Mazda Sahkan Perkenal Hibrid dan EV dengan Enjin Rotari Menjelang 2020

October 3, 2018 By Han Othman Leave a Comment

92
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAZDA mengesahkan enjin rotari akan kembali pada 2020. Menariknya, enjin itu akan turut digunakan sebagai ekstender untuk kenderaan hibrid masa depan jenama itu yang akan dilancarkan bersama kenderaan elektrik penuh.

Mazda dalam satu kenyataan rasmi berkata, ekstender-jarak (range-extender) rotari sesuai digunakan sebagai ekstender kerana saiz komponen itu yang kompak, dan mampu beroperasi secara senyap selain menghasilkan output berkuasa tinggi.

BACA >>> Kereta Sport Mazda dengan Enjin Rotari Bakal Kembali?

Sebagai permulaan, Mazda melancarkan dua EV bateri. Satu EV dikuasakan bateri sepenuhnya, dan satu EV lagi dipasangkan bateri bersama enjin rotari yang senyap, ringan dan kecil sebagai ekstender-jarak.

Ekstender-jarak berfungsi mengecas semula bateri apabila diperlukan untuk meningkatkan jarak pemanduan kenderaan, dan pada masa sama menyingkirkan sebarang potensi yang boleh menjejaskan peratusan tinggi bateri EV. Menurut Mazda lagi, saiz kecil dan output kuasa tinggi dimiliki enjin rotari mungkin menjadikan ia satu solusi yang pelbagai untuk teknologi elektrifikasi yang boleh dikongsi.

TEKNOLOGI DIKONGSI BERSAMA


Mengambil kira kelebihan keserasian enjin rotari dengan bahan api bergas, ekstender-jarak yang dikuasakan enjin rotari itu juga direka dengan kemampuan membakar gas petroleum cecair (LPG) sebagai sumber elektrik ketika kecemasan.

Menurut Mazda, barisan hibrid dan EV penuh ialah sebahagian daripada visi Mazda’s Sustainable Zoom-Zoom 2030, dengan sasaran mengurangkan kadar emisi sebanyak 50 peratus menjelang 2030 daripada ukaran tahap 2010.

BACA >>> Kenali Jenis Enjin [SIRI 5]: Enjin Rotari - Pakej Enjin Kecil dengan Kuasa Besar

"Mazda juga berharap dapat menghantar contoh ekstender-jarak kepada mana-mana kawasan terjejas akibat bencana alam dalam usaha memberikan bantuan elektrik janaan LPG kepada mereka yang memerlukan. Komitment untuk kelestarian dan membantu orang awam mewakili bahagian lain dalam visi korporat 2030," kata Mazda dalam kenyataan rasmi.

Related

92
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Ekstender-Jarak, enjin rotari, EV, Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Hibrid, mazda, Mazda’s Sustainable Zoom-Zoom 2030, Rotary Engine, teknologi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev