• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM 690 Enduro R (2019) Berubah Total, Nantikan Pendedahan di Intermot 2018

KTM 690 Enduro R (2019) Berubah Total, Nantikan Pendedahan di Intermot 2018

October 1, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA bercakap tentang motosikal off-road kelas heavyweight, memang sukar mengalahkan reputasi dimiliki KTM 690 Enduro R. Jadi tidak hairan model tersebut melalui banyak peringkat kemas kini sepanjang kitaran hayat motosikal itu. Model dual sport itu bakal dipertingkatkan nilai pasaran selepas bocor imej model Eropah versi 2019.

Dari segi penampilan, pengeluar Austria itu akan melakukan pembedahan besar-besaran ke atas 690 Enduro R (2019), melibatkan bahagian enjin, casis dan gaya dengan memuatkan beberapa ciri baharu.

BACA >>> KTM Malaysia Tayang Barisan Model Off-Road 2019 untuk Pasaran Malaysia

Berikut maklumat mengenai 690 Enduro R (2019):


1. Frem keluli trellis dilaporkan direka serba baharu untuk model 2019. Melihat imej bocor, frem tersebut seakan sama seperti casis 690 Enduro R sedia ada. Kami janga perubahan minimal seperti tebal dinding tiub.

2. Dikatakan menggunakan enjin LC4 serba baharu, tetapi tiada butiran terperinci didedahkan. Disebabkan 690 Enduro R tidak mematuhi piawaian Euro 4, 'enjin baharu' versi 2019 mungkin merujuk kepada silinder tunggal 690cc yang dimiliki Husqvarna 701 Enduro, berkuasa 74hp dan tork 70Nm, serta kurang gegaran.

3. Quickshifter turut ditawarkan pada Enduro R, yang menjadi ciri menarik untuk dual sport itu selain Sistem Brek Anti-Kunci Selekoh (Cornering ABS) dan Kawalan Traksi (TRC). Ini termasuk punat mod tunggangan yang ada pada bar hendal.

4.  Suspensi menggunakan fork dan absorber WP Xplor untuk keselesaan tunggangan.

5. Gaya jentera diambil daripada famili KTM EXC yang mengaitkan 690 Enduro R dengan barisan off-road itu.

BACA >>> #Spyshot: KTM 690 Enduro dan 690 SMC Bakal Kembali!

690 Enduro R (2019) khabarnya bakal didedahkan pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018 atau Pameran Motosikal Antarabangsa (Intermot) 2018 yang bermula minggu ini.

SUMBER: AsphaltAndRubber

Related

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: dual-sport, KTM, KTM 690 Enduro R, KTM Enduro, motosikal off-road, Pamera Motor Milan (EICMA) 2018, Pameran Motosikal Antarabangsa (INTERMOT), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev