• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ana Carrasco - Juara Dunia Wanita Pertama dalam Perlumbaan Motosikal

Ana Carrasco - Juara Dunia Wanita Pertama dalam Perlumbaan Motosikal

October 1, 2018 By Aryon Leave a Comment

526
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANA Carrasco kini menjadi satu-satunya wanita yang pernah memenangi perlumbaan motosikal dunia selepas merangkul kejuaraan World Supersport 300 (WSS300) dalam aksi final dramatik di Perancis.

Ana, 21, berpindah masuk ke siri WSS300 tahun lalu selepas beraksi dalam kejuaraan dunia Moto3 dengan menjadi pelumba wanita pertama meraih mata dalam kelas perlumbaan itu, termasuk Kejuaraan FIM CEV Moto2.

Dia melakukan debut kemenangan pertama sebagai pelumba wanita dalam aksi perlumbaan di Portugal tahun lalu, sebelum melakarkan lebih banyak sejarah selepas kejayaan dominan di Imola musim ini apabila menduduki ranking teratas kejuaraan tersebut.

BACA >>> Jody Perewitz - Wanita Terpantas Tunggang V-Twin Amerika, Cecah Kelajuan 322kmj

ana-carrasco-5
ana-carrasco-6
ana-carrasco-1

Kejayaannya di Imola disusuli pula aksi hebat di Donington, sebelum terpaksa bergelut dalam pusingan berikutnya di Brno, Misano dan Portimao. Namun, pelumba asal Sepanyol itu masih mampu menjejak kaki ke final di Magni-Cours dengan kelebihan 10 mata ke atas rakan pasukan, Scott Deroue daripada DS Junior Team.

Berlumba hambar dari petak ke-25, Ana yang menunggang jentera Kawasaki Ninja 400 sedaya upaya cuba meraih mata dalam usaha mengatasi dua seteru utamanya, Deroue dan Mika Perez (kedua-duanya pelumba lelaki). Harapan Ana mula menyinar apabila Deroue berdepan masalah teknikal pada lap ke-6, manakala Perez dilihat agak tertekan di depan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Posisi Memandu Betul dan Selamat untuk Wanita Tubuh Kecil?

Ketika pusingan berbaki 3 lap, peluang Ana mendapat mata mula terbuka apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-15, manakala Perez tercicir dari tempat ke-3 ke kedudukan ke-4.

Dalam aksi final pula, Ana bermula di petak ke-13, manakala Perez kedua di Nurburgring sekali gus membuka peluang kepadanya untuk dinobatkan sebagai juara. Bagaimanapun, harapan Perez musnah apabila bertembung dengan pelumba Dani Valle di Lycee.

Ana pula mengakhiri perlumbaan di kedudukan ke-13 yang menyaksikan dia meraih gelaran juara dunia dengan cuma kelebihan satu mata di atas Perez. Rakan pasukan Deroue pula terpaksa berpuas hati di ranking ke-3 dalam aksi final itu.

BACA >>> Wanita Urus Bengkel: Bekas Mekanik Jadi Bos Pusat Servis - G-Car Auto Garage

GALERI
ana-carrasco-3
ana-carrasco-7
ana-carrasco-6
ana-carrasco-5
ana-carrasco-2
ana-carrasco-4
ana-carrasco-1

SUMBER: RideApart

Related

526
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ana Carrasco, Auto Terkini, lumba motosikal, Mika Perez, roda2, Scott Deroue, sukan permotoran, World Supersport 300, WSS300

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev