• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BMW Motorrad Buka Servis Sewa Motosikal di Eropah

BMW Motorrad Buka Servis Sewa Motosikal di Eropah

September 30, 2018 By Aryon Leave a Comment

175
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUPAYA kekal relevan dan dapat terus survival dalam cabaran industri motosikal, pengeluar nampaknya perlu jadi lebih kreatif dan tidak boleh lagi mengharapkan faktor jualan produk semata-mata. Dan inilah dilakukan BMW Motorrad apabila memperkenalkan perkhidmatan motosikal sewa di Eropah.

Minggu lalu, BMW Motorrad menyiarkan perincian mengenai perkhidmatan 'Rent A Ride' yang menawarkan sewaan jangka pendek untuk motosikal BMW, termasuk model paling hot, R 1200 GS.

BACA >>> BMW R 1200 GS Black Edition - Nikmati Aksesori Touring Enduro yang Serba Gelap

Rent A Ride kini ditawarkan di pengedar terpilih di Jerman, Austria dan Perancis. Jika berjaya, BMW merancang untuk meluaskan perkhidmatan tersebut ke seluruh negara terbabit. 


Menurut Ketua Jualan dan Pemasaran Antarabangsa BMW Motorrad, Timo Resch berkata, perkhidmatan mobiliti ialah fokus masa depan yang menjadi antara landasan strategi korporat pengeluar itu.

“Dengan menawarkan Rent A Ride, BMW Motorrad memajukan pembangunan BMW Group ke arah menjadi syarikat mobiliti berorientasikan pelanggan. Jika musim pertama ini berjalan mengikut jangkaan, sasaran seterusnya ialah meluaskan skim tersebut ke seluruh rangkaian jualan BMW," katanya.

PILIH MODEL KEGEMARAN


Menurut BMW, laman web dengan keupayaan telefon pintar membolehkan pelanggan memilih model pilihan secara masa nyata. Selepas tempahan dibuat, penyewa boleh memilih aksesori motosikal dan barangan menunggang yang dimahukan.

Motosikal yang dipilih akan disiapkan sebelum diambil penyewa di premis pengedar BMW Motorrad dengan diberikan taklimat profesional. Sebagai makluman, skim mobiliti sudah lama ditawarkan untuk kereta BMW sejak 2011.

BACA >>> Foto Akhir BMW R 1250 GS dan R 1250 RT Baharu Akhirnya Didedahkan

Menurut BMW lagi, skim mobiliti baharu itu membuka peluang kepada pelanggan mengenali lebih dekat model motosikal BMW tanpa perlu terikat dengan komitmen membeli. Ia juga membolehkan pemilik BMW sedia ada untuk mencuba model lain untuk trip hujung minggu.

Maklumat lanjut sila layari: Rent A Ride

Related

175
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BMW, BMW Motorrad, Rent A Ride, roda2, Servis Sewa Motosikal BMW, Sewa Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev