• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Acah 4: Kelibat Semakin Jelas, Suzuki Katana (2019) Siap Sedia Debut

Video Acah 4: Kelibat Semakin Jelas, Suzuki Katana (2019) Siap Sedia Debut

September 29, 2018 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


AKHIRNYA video acah terakhir Suzuki Katana (2019) disiarkan dengan memaparkan kelibat penuh model tersebut sebelum debut rasmi pada 2 Oktober ini sempena Pameran Motosikal Antarabangsa (Intermot) 2018 di Cologne, Jerman.

Kini pedang sudah siap disempurnakan dan dihunus keluar daripada sarung untuk beraksi. Itulah yang dipaparkan video acah tersebut. Rupa original GSX-R1000 Katana itu ialah hasil garapan tiga jurutera Jerman, termasuk bekas ketua pereka BMW, Hans Muth.

Seperti dijangka, Suzuki kembali kepada akar umbi menerusi kebangkitan semula model itu. Lupakan sosok tubuh Katana yang rendah, sporty, dan memanjang seperti tipikal motosikal era 2000-an. Kini segalanya berubah.

Rupa depan Katana (2019) jelas mengekalkan gaya retro lama model itu menerusi lampu utama petak yang dimodenkan. Paling ketara ialah skema warna perak dramatik yang pasti menguatkan lagi personaliti sportbike tersebut. Juga kelihatan blok enjin hitam, swingarm berlekuk, dan frem. Dwi ekzos model 1981 digantikan dengan ekzos tunggal.

BACA >>> Logo dan Nama Dipatenkan, Suzuki Katana Muncul Kembali?

Peg kaki nampaknya diposisikan tinggi pada frem, membuatkan kaki sedikit membengkok untuk mendakap tangki. Bar hendal juga tinggi dan lebar. Sememangnya Katana (2019) memberikan satu gaya menunggang yang agak unik dan tidak sama dengan tipikal sportbike lain.

Mahu tahu lebih terperinci? Kenalah tunggu debut Katana pada Selasa ini.

SUMBER: RideApart

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hans Muth, Intermot, Intermot 2018, roda2, sportbike, Suzuki, suzuki katana, Suzuki Katana (2019), videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my