• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / McLaren Senna Lawan 3 Motocross Sempena Pelancaran Forza Horizon 4

McLaren Senna Lawan 3 Motocross Sempena Pelancaran Forza Horizon 4

September 29, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

33
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Dalam sekian banyak pelancaran model atau siri istimewa, McLaren sentiasa dapat pujian. Ada saja perkara baharu, unik dan mengagumkan dipersembahkan pengeluar automotif British itu. Namun, respon pengkritik bercampur-campur kektika McLaren mendedahkan imej pertama supercar, Senna.

Padanan warna, rekabentuk badan, kombo rim dan tayar kecil dan tiang spoiler nampak pelik bagi sebuah jentera bernama McLaren. Walaupun berdepan pelbagai reaksi, Senna tetap dapat sambutan hangat dan unit tempahan sudahpun dihantar kepada pembeli.

BACA >>> Saintis Roket Jelaskan Kenapa McLaren 720S Boleh Jadi Sangat Laju!

Dan dari situlah baru terserlah keanggunan Senna selepas model itu disiapkan mengikut cita rasa pemiliknya. Paling menarik, ada sebuah Senna yang tampil dengan karakter jahat dalam warna serba hitam (kecuali tiang spoiler yang tetap nampak pelik).

FORZA HORIZON 4 - BUKAN GAME BIASA

Microsoft Studio bakal melancarkan Forza Horizon 4 pada 2 Oktober ini dan sempenan meraikan permainan video (game) itu, satu perlumbaan melibatkan 3 jentera dirt bike (atau motocross) 450cc menentang sebuah McLaren Senna yang berlangsung di trek Goodwood Hillclimb, England.

Perlumbaan itu dibuat berdasarkan aksi dalam Forza Horizon 4 yang turut melibatkan jumlah motosikal dan kereta yang sama, termasuk lokasi sama. Ia juga bukan jenis perlumbaan drag yang biasa tular di media sosial, tetapi lebih kepada aksi ala Top Gear atau Kent Block dengan jentera motocross melompat sana sini sambil pemandu profesional McLaren Automotive meredah trek.

BACA >>> #TahukahAnda: McLaren Pilih Nama Senna Sempena Peringati Jaguh F1, Ayrton Senna

Kerjasama antara Microsoft dan McLaren itu bukan kali pertama kerana McLaren P1  pernah dipaparkan pada kulit depan game Forza Motorsport 5. Selepas P1, Senna kini menjadi produk berbisa McLaren seterusnya. Model itu direka dan dibangunkan semata-mata satu tujuan, iaitu sebagai kereta dengan ciri trek lumba yang pada masa sama sah digunakan atas jalan.

Pengeluaran Senna kini sedang berjalan di Pusat Teknologi McLaren, Woking, England dan setakat ini sudah 50 unit diserahkan kepada pelanggan.

Related

33
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Forza Horizon 4, McLaren, McLaren Senna, motocross, permainan video, Supercar, Trailer, video game

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev