ANDA sekarang boleh memiliki sebuah Porsche dengan harga serendah AS$14,689 (RM60,805)! Tetapi, sanggupkah anda melaburkan wang sebanyak itu untuk mendapatkan model yang tidak boleh dipandu. Kenapa murah, dan kenapa pula tidak boleh dipandu?
Sebabnya, model Porsche itu ialah koleksi miniatur kereta perlumbaan trek 919 Hybrid yang terhad 100 unit sahaja. Memang murah jika dibandingkan model sebenar, tetapi cukup mahal bagi sebuah model berstatus miniatur.
BACA >>> Porsche 911 GT3 Cup Bergolek 10 Kali, Tetapi Pemandu Langsung Tidak Cedera
Model skala 1:8 itu khabarnya laku keras yang kini tinggal 4 unit saja lagi. Sesiapapun pembeli yang sanggup melaburkan wang sebanyak itu, akan menikmati sebuah model miniatur dengan kemasan terperinci seperti pintu dan penutup enjin belakang boleh buka.
Miniatur itu dibuat begitu tepat seperti mana model asal menggunakan material aluminium dan piuter dengan semburan cat asli yang dipotong dan digilap dengan tangan. Malah, model skala itu dikeluarkan kakitangan teknikal yang sama menghasilkan model prototaip, dan mengambil masa lebih 3,000 jam untuk disiapkan.
BACA >>> Anak Muda Ini Memiliki Ratusan Koleksi Diecast Bernilai RM100K Demi Kepuasan Diri
Sementara itu, soket bersalut karbon 919 Hybrid memaparkan lencana nombor model edisi terhad dan maklumat angka prestasi kenderaan berserta tandatangan pemandu. Apapun faktanya, melabur wang sebanyak RM60,000 hanya untuk model kereta berskala 1:8 pasti bukan hobi orang biasa-biasa kerana dengan angka sebanyak itu kita sudah dapat memiliki sebuah Perodua Alza yang boleh dipandu.
Leave a Reply