KYMCO Japan Co Ltd bakal memperkenalkan skuter roda tinggi (high-wheel) Tersely S125 dan Tersely S150 pada 9 Oktober ini. Saiz rim berdiameter besar seperti model kapcai memberikan pengendalian lebih stabil di kawasan bandar untuk skuter ini. Rekabentuk skuter menampilkan lekuk badan elegan dengan sistem pencahayaan LED.
Tidak ketinggalan, Tersely S125 dan Tersely S150 juga dilengkapi kombinasi visor pengadang angin tinggi, gad sendi dan kotak simpanan di belakang sebagai ciri standard. Cuma satu warna ditawarkan, Matt Silver Crystal (perak) dengan pelana kulit merah gelap, manakala harga skuter ¥291,600 (RM10,639).
CIRI UTAMA TERSELY S 125 / S 150
1. GAYA EROPAH
Tersely S menawarkan gaya skuter roda tinggi yang menjadi trend penunggang Eropah. Penggunaan roda berdiameter 16 inci (depan) dan 14 inci (belakang) memberikan kestabilan tunggangan atas jalan raya biasa atau berbatu. Posisi menunggang tinggi cukup selesa dengan visor pengadang angin besar yang sesuai untuk tunggangan jauh.
2. ENJIN
Dibangunkan berasaskan teknologi penyejukan udara 4-injap yang turut digunakan dalam siri perlumbaan, Tersely S menawarkan prestasi cemerlang menerusi enjin 125cc (11.1hp) dan 150cc (13.8HP). Hasilnya, ialah pengalaman tunggangan santai dan berkuasa sama ada di bandar atau lebuh raya.
BACA >>> 7 Motosikal Terbaik untuk Penunggang Urban Harian di Malaysia
3. SUSPENSI
Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi teleskopik (depan) dan dual absorber dengan mekanisme prabeban boleh laras (belakang). Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai ciri keselamatan standard memberikan keyakinan membrek dalam apa juga keadaan.
4. PENCAHAYAAN LED
Tersely S dilengkapi ciri pencahayaan LED untuk lampu depan, belakang dan signal belok meningkatkan kejelasan skuter itu di jalan raya, terutama ketika tunggangan malam.
BACA >>> Kymco Racing S 125 Facelift - Kini Lebih Ringan dengan 3 Mod Tunggangan Ergonomik
5. PAPAN PEMUKA LCD
Paparan meter LCD mutifungsi digital penuh memaparkan maklumat seperti indikator cas telefon, spidometer, takometer, odometer, jam, dan paras minyak.
6. UTILITI
Ruang simpanan bawah pelana yang luas mampu memuatkan dua helmet muka penuh, termasuk fungsi mengecas dua telefon pintar pada satu-satu masa.
BACA >>> Skuter Ikonik Bangkit Semula, Lambretta V-Special Kekal Rupa Vintaj, Tampil Ciri Moden
SUMBER: BikeBros
Leave a Reply