• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / BMW R nineT Urban G/S Sentuhan Pakar Gentian Karbon Jerman, Ilmberger Carbon (IC)

BMW R nineT Urban G/S Sentuhan Pakar Gentian Karbon Jerman, Ilmberger Carbon (IC)

September 24, 2018 By Han Othman Leave a Comment

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK diasaskan pada 1990, pengeluar gentian karbon motosikal, Ilmberger Carbon (IC) sudah menghasilkan banyak alat ganti dan komponen daripada material ringan itu untuk prestasi dan gaya. Malah, syarikat berpangkalan di Jerman itu menjadi pembekal gentian karbon kepada beberapa pengeluar motosikal dunia seperti BMW Motorrad.

Satu jentera yang cepat terlintas di fikiran ialah BMW HP4 Race yang mana pengeluar Jerman itu bekerjasama dengan IC dalam menghasilkan semua panel badan karbon untuk superbike bernilai AS$78,000 (RM322,101) itu.

BACA >>> BMW R nineT (2019) Baharu dengan Skema Warna Opsyen

IC juga gemar membikin jentera kustom sendiri dan model paling terkini ialah R nineT Urban G/S yang direka menggunakan proses karbon autoklaf standard tinggi dengan jalinan prapreg. Semua komponen karbon tersebut mendapat kelulusan badan persijilan produk Jerman, TUV dan ABE, termasuk mesra alam sekitar.

Beberapa komponen R nineT Urban G/S yang mendapat kemas kini gentian karbon ialah:

  • Penutup alternator
  • Madgad
  • Penutup Tangki Minyak
  • Penutup Lampu Utama
  • Penutup Frem
  • Madgad
  • Penutup Rocker
  • Penutup Penghidup
  • Pelindung Ekzos

Semua senarai komponen di atas dan lain-lain kini boeh didapati untuk barisan terbaharu RnineT di www.Ilmberger-Carbon.com.  IC turut menyediakan penghantaran percuma sama ada pembelian satu unit komponen atau secara pakej.

GALERI

SUMBER: UltimateMotorcycling

Related

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda2 Tagged With: BMW, BMW R nine T, BMW R nine T Urban G/S, gentian karbon, IC, Ilmberger, Ilmberger Carbon (IC), Jerman, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev