• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW R nineT (2019) Baharu dengan Skema Warna 'Option 719'

BMW R nineT (2019) Baharu dengan Skema Warna 'Option 719'

July 10, 2018 By Aryon Leave a Comment

258
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW memperkenalkan R nineT versi kemas kini kecil untuk 2019. Perubahan paling ketara ialah skema warna baharu dan signal belok padam sendiri yang ditambah baik sebagai ciri standard untuk sesetengah model. Bagaimanapun, lampu brek dinamik yang menjadi ciri standard model roadster retro itu tidak dibenarkan di Amerika Syarikat (AS).

BMW turut memperkenalkan warna premium eksklusif, Option 719 bersama beberapa komponen kustom di bawah unit kustom BMW Motorrad Spezial, termasuk skema warna baharu untuk komponen bilet. Bagaimanapun, harga tidak didedahkan.

Apa lagi gaya ditawarkan Option 719:

1. BMW R nineT (2019)

Mari mulakan dengan jentera yang paling kental dengan imej Option 719, yakni warna merah-biru (Mars Red/Cosmic Blue) dengan label 719 besar berwarna putih yang tertera pada seluruh tangki minyak. Merah, putih dan biru ialah kombinasi warna tipikal bagi BMW.

Putih kebiasaannya menjadi warna dominan, tetapi kali ini dijadikan aksen kepada dua warna utama lain yang jelas menyerlahkan jenama Option 719. Skema warna digunakan mengurangkan imej BMW Motorrad dan lebih kepada Margot Robbie dalam Suicide Squad

Bagaimanapun, Option 719 bukanlah pemegang nama, jadi agak pelik bagi BMW untuk menonjolkannya. Jadi, apa yang dapat dilihat ialah logo bulat BMW yang tiba-tiba terselit di tengah label 719. Secara keseluruhan, skema warna itu ialah sesuatu yang di luar kebiasaan sesebuah model BMW.

Versi Pollux di bawah berwarna hijau gelap yang dikontraskan aluminium dengan trim jalur emas. Skema warna rupa klasik itu membuatkan R nineT tampil seperti jentera retro-moden yang penuh estetika.

2019-bmw-r-ninet-option-719-spezial-mars-red-1
2019-bmw-r-ninet-option-719-spezial-mars-red-2
2019-bmw-r-ninet-option-719-spezial-mars-red-3
2019-bmw-r-ninet-option-719-spezial-mars-red-4
2019-bmw-r-ninet-option-719-spezial-mars-red-5
2019-bmw-rninet-option-719-spezial-Pollux-1
2019-bmw-rninet-option-719-spezial-Pollux-2

2. BMW R nineT Pure (2019)

R nineT Pure turut menerima dua warna Option 719: Black Storm Metallic/Aurum (foto atas) dan Black Storm Metallic/Light White. Kedua-dua varian tampil dengan strip hitam bersama efek tangki. Kedua-dua skema warna nampak cantik, terutama yang sepadan dengan bahagian bilet Option 719.

2019-bmw-rninet-option-719-spezial-Pure-Black-Storm-1
2019-bmw-rninet-option-719-spezial-Pure-Black-Storm-2
2019-bmw-rninet-option-719-spezial-Pure-Black-Storm-3
2019-bmw-rninet-option-719-spezial-Pure-Black-Storm-4
2019-bmw-rninet-option-719-spezial-Pure-Black-Storm-5
2019-bmw-rninet-option-719-spezial-Pure-Black-Storm-6

3. BMW R nineT Racer (2019)

R nineT Racer mendapat skema warna hitam yang sama seperti model Pure: Black Storm Metallic/Aurum, tetapi dengan lebihan warna pada fairing berserta label 'Racer' dalam warna emas.

4. BMW R nineT Scrambler (2019)

RnineT Scrambler juga didatangkan dengan opsyen Black Storm Metallic/Light White atau Black Storm Metallic/Aurum. Menjelang September, Scrambler akan tampil dengan rim bilah jejari sebagai opsyen.

2019-bmw-r-ninet-option-719-spezial-Scrambler-Black-Storm-1
2019-bmw-r-ninet-option-719-spezial-Scrambler-Black-Storm-2
2019-bmw-r-ninet-option-719-spezial-Scrambler-Black-Storm-3
2019-bmw-r-ninet-option-719-spezial-Scrambler-Black-Storm-4
2019-bmw-r-ninet-option-719-spezial-Scrambler-Black-Storm-5

SUMBER: Motorcycle.com

258
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW, BMW R nineT, BMW R-NineT Option 719, Option 719, roadster, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Model Retro Klasik - Kawasaki W175 Masuk Malaysia?
    Model Retro Klasik - Kawasaki W175 Masuk Malaysia?
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my