• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lagi Pusat Jualan Proton Dinaik Taraf, SAG Wira Mahu Beri Servis Terbaik Buat Pelanggan Klang

Lagi Pusat Jualan Proton Dinaik Taraf, SAG Wira Mahu Beri Servis Terbaik Buat Pelanggan Klang

September 24, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

106
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEHINGGA 21 September sebanyak 100 cawangan jualan Proton sudah mendapat kelulusan untuk dinaik taraf ke Pusat 3S atau 4S. Langkah agresif tersebut membolehkan Proton mencapai sasaran awal menaik taraf 109 cawangan menjelang Oktober 2019.

Terkini, Proton merasmikan Pusat 3S (jualan, servis, alat ganti) baharu di Klang, Selangor di bawah seliaan SAG Wira Sdn Bhd (SAG Wira). Pusat 3S sedia ada itu kini berwajah baharu mengikut standard terkini Proton dengan menyediakan kemudahan enam ruang servis dan lima servis pengangkat.

Pusat 3S itu, yang menelan pelaburan kira-kira RM500,000, turut menyediakan sambungan WiFi percuma, ruang mengecas telefon, ruang minum dan parkir luas. SAG Wira juga menambah kakitangan jualan dan servis bagi meningkatkan keselesaan dan mempercepatkan perkhidmatan selepas jualan.

BACA>>>Pertandingan Servis Selepas Jualan Proton Bermula untuk Pilih 6 Mekanik Terbaik

Selari hala tuju baharu Proton, pusat cawangan seluruh negara kini sedang giat melakukan penambahbaikan di setiap premis yang bertujuan menyediakan perkhidmatan lebih baik dan cepat kepada pelanggan. Proses penambahbaikan tersebut selaras dengan pelan Proton memastikan pelanggan mendapat pengalaman jualan dan servis terbaik.

Related

106
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alat Ganti Proton, Auto Terkini, naik taraf, Proton, Pusat 3S Proton, servis selepas jualan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my