• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Moto Guzzi V7 III Rough di Malaysia, Pembeli Awal Dapat Harga Kasih Sayang RM69,900!

Moto Guzzi V7 III Rough di Malaysia, Pembeli Awal Dapat Harga Kasih Sayang RM69,900!

September 21, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

252
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DIDI Resources memperkenalkan Moto Guzzi V7 III Rough ke pasaran Malaysia dengan harga pengenalan RM69,900 untuk unit terhad awal sebelum dijual pada harga pasaran sebenar, RM75,000. Kehadiran scrambler tersebut melengkapkan barisan V7 III lain seperti Stone, Racer, Special, Carbon dan Milano.

Bahagian mekanikal masih sama dengan V7 III lain, dipasangkan enjin 744cc V Twin berkuasa 52hp @ 6,200rpm dan tork maksimum 60Nm @ 4,900rpm. Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi kotak gear 6-kelajuan. Nisbah gear pertama dan keenam berbeza yang dipanjangkan bagi memanfaatkan sepenuhnya karakter tork dan kuasa enjin.

MG V7III Rough-2
MG V7III Rough-12
Moto Guzzi V7 III Rough3

Satu lagi aspek inovatif enjin Moto Guzzi ialah cakera klac kering tunggal 170mm, bertujuan meningkatkan kelebihan dan reliabiliti jentera dari semasa ke masa selain mengurangkan beban tuil pada bar hendal. Motosikal dengan gaya desa bandar atau urban country itu diserlahkan menerusi penampilan tayar besar dengan rim jejari.

BACA >>> 12 Fakta Pantas | Moto Guzzi V7 III Carbon Lancar di Malaysia, Harga RM74,900

Imej tersebut kemudian dilengkapkan dengan pelana jahitan benang, pemegang pembonceng serta fairing kemasan aluminium. Frem lampu depan disembur cat hitam, manakala bahagian fork dipasangkan pelindung habuk getah klasik.

MG V7III Rough-9
MG V7III Rough-5
MG V7III Rough-8

Keselamatan penunggang turut diutamakan dengan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan kawalan traksi Moto Guzzi Controllo Trazione (MGCT) boleh laras, termasuk dipasang unit Platform Multimedia Moto Guzzi (MG-MP) sebagai opsyen tambahan.

Menerusi sambungan Bluetooth, pemilik akan dipaparkan maklumat tentang kelajuan, rev, kuasa, tork dan penggunaan bahan api serta voltan bateri menggunakan akses telefon pintar. Penunggang hanya perlu memuat turun aplikasi disediakan.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Pemilik Motosikal Perlu ke Pusat Sehenti Sheng Fatt!

Moto Guzzi turut menyediakan segudang aksesori kustom kepada pemilk Moto Guzzi V7 III Rough seperti ekzos 2-in-1 Arrow, absorber spring merah, pelindung tangki minyak, visor pengadang angin, pelindung injektor, kotak simpan barang, pelana tunggal dan tuil klac serta brek aluminium.

GALERI

Related

252
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Didi Resources Sdn Bhd, Harga Moto Guzzi V7 III Anniveersario, Harga Moto Guzzi V7 III Racer, Harga Moto Guzzi V7 III Special, Harga Moto Guzzi V7 III Stone, Moto Guzzi, Moto Guzzi V7 III, Moto Guzzi V7 III Carbon, Moto Guzzi V7 III Rough, Roda 2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev