MACAM-macam hal orang Malaysia sekarang. Sekarang muncul lagi isu 'cop parking' dan kepada yang terlepas bas, bolehlah tonton semula video mengenai insiden di pusat beli belah Mid Valley, Kuala Lumpur di bawah ini.
Entah apalah masalah orang kita sampai nak parkir pun sampai nak kena buat perangai macam tu. Tak boleh ke bawa bersabar sikit? Setakat ini belum ada lagi pemandu yang maut akibat cari parking tak jumpa. Belum ada lagi juga pemandu yang terpaksa cari parking sampai kena pusing 5 jam. Kalau kau sabar, kau akan jumpa.
BACA >>> Tinjauan: Azam Pemandu UK Mahu Cekap Parkir Undur
Malas nak cakap banyak. Jom kita baca apa pesanan abang Polis kita pasal hal 'cop parking' ni. Adakah ia satu kesalahan? Adakah kalau tidak jadi kesalahan, maka seluruh umat Malaysia akan jadikan budaya 'cop parking' sebagai budaya hidup dan tarikan pelancong? Fikir-fikirkan...
COP PETAK PARKING?? SALAH ATAU TIDAK?
Siapa pernah ada pengalaman pusing-pusing cari parking, bila dah jumpa tiba-tiba ada pulak orang datang berdiri, duduk atau apa-apa sahaja di tempat tersebut untuk cop parking?
Memang tidak dinafikan perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah ia turut berlaku di beberapa negara maju. Apa yang jelas, tindakan ini adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan menyusahkan orang lain serta membahayakan keselamatan diri sendiri.
Di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Bahagian 'Gangguan dan desakan menyalahi undang-undang' menyatakan seperti berikut:
"Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan."
Dan di bawah Seksyen 119, penalti untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan dan jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya.
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#InfoBersama
Leave a Reply