SUZUKI Motor Corp Japan memperkenalkan tiga warna baharu untuk sportbike GSX-R 125 ABS bermula 21 September (esok) dengan harga dan spesifikasi tidak berubah.
Sportbike tersebut didatangkan dalam pilihan warna:
- Triton Blue Metallic (biru metalik), sama seperti GSX - R1000R ABS
- Brilliant White (putih) dengan strip grafik biru
- Titan Black (hitam).
Pada harga ¥386,640 (RM14,266), model aras mula itu sesuai buat penunggang baru dan muda. Ia didatangkan dengan teknologi GSX-R series bersama berat jentera yang ringan (134kg). Gabungan enjin silinder tunggal 4 injap 124cc 4-injap DOHC menghasilkan kuasa 14.7hp @ 10,000rpm dan tork maksimum 11Nm @ 8,000rpm.
BACA >>> Suzuki GSX-150 Bandit Debut di Indonesia, Harga Ramalan RM6.4k (Saing Lagenda Je!)
Hantara kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi manual 6-kelajuan. GSX-R 125 memiliki jarak roda pendek dengan ketinggian pelana 785mm yang memberikan pengendalian lincah di kawasan bandar. Ciri standard lain ialah rim 17 inci, brek cakera petal dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
SUMBER: BikeBros
Leave a Reply