• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / TVS Apache RTR 200 4V Masuk Malaysia Bulan Depan?

TVS Apache RTR 200 4V Masuk Malaysia Bulan Depan?

September 19, 2018 By Admin PanduLaju 3 Comments

447
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS Bajaj Auto Limited menembusi pasaran tempatan menerusi kerjasama dengan Modenas, nampaknya ada satu lagi jenama dua roda dari India bakal mencuba nasib. Malah, produk yang bakal dilancarkan itu kelak boleh dijadikan alternatif berbaloi kepada model popular sedia ada. Jenama tersebut ialah TVS, dikeluarkan TVS Motor Company, iaitu pengeluar motosikal multinasional yang berpangkalan di Chennai, India.

Sila jangan pandang rendah jenama motosikal ketiga terbesar India ini kerana BMW Motorrad sendiri memilih TVS sebagai rakan sekutu untuk memasarkan motosikal bawah 500cc sejak 2013. Hasil kerjasama itu ialah kemunculan BMW G 310 R. Jadi jenama baru yang bakal menembusi pasaran Malaysia nanti bukanlah cikai!

BACA >>> #BikinMotor: BMW G 310 R Street Tracker - Naked yang Lebih Naked

Harga TVS Apache RR 200 V4
TVS Apache RR 200 V43
TVS Apache RR 200 V414

Di Malaysia, Daju Motors Sdn Bhd ialah pengedar rasmi TVS dan sebagai permulaan, model pertama yang bakal dibawa masuk ialah TVS Apache RTR 200 4V. Kami difahamkan streetbike dalam kelas naked bike itu akan dilancarkan bulan depan. Wow!

Barisan pertama TVS Apache RTR 200 4V ialah versi import (CBU) dari India sebelum disusuli model pemasangan tempatan (CKD). Apabila mula dipasang di Malaysia, sudah tentu harga model tersebut akan jadi lebih murah.

ENJIN 197.75CC SOHC

TVS Apache RTR 200 4V dijana enjin 4 injap 197.75cc SOHC penyejukan minyak berkuasa 20hp @ 9,000rpm dan tork 17.5Nm @ 7,000rpm dengan padanan transmisi 5-kelajuan yang membolehkan naked bike itu memecut 0-100kmj sepantas 11.2 saat.

BACA >>> TVS Apache RTR 160 White Race Edition - Streetbike Bajet Lancar di India

Keselesaan tunggangan ditugaskan kepada suspensi fork teleskopik 37mm (depan) dan KYB monoshock (belakang), manakala kuasa henti menggunakan khidmat brek cakera 270mm (depan) dan 240mm (belakang). Bahagian roda dipadankan rim 17 inci dengan balutan tayar Pirelli bersaiz 90/90 (depan) dan 130/70 (belakang).

Difahamkan model untuk pasaran Malaysia akan ditawarkan dalam pilihan warna hitam, merah dan putih. Antara ciri khas  TVS Apache RTR 200 4V ialah lampu depan jenis mentol dengan lampu posisi LED, lampu belakang LED dan ekzos barel kembar lumba.

Apa kata geng motor luar sana? Lontarkan pendapat anda di bahagian komen di bawah. Go!

GALERI
tvs-apache-rtr-200-4v-1
tvs-apache-rtr-200-4v-race-edition-2
tvs-apache-rtr-200-4v-race-edition
tvs-apache-rtr-200-4v-2
tvs-apache-rtr-200-4v-3
tvs-apache-rtr-200-4v-dual-abs
tvs-apache-rtr-200-4v-slipper-clutch
TVS Apache RR 200 V44
TVS Apache RR 200 V42
TVS Apache RR 200 V413
Harga TVS Apache RR 200 V4
TVS Apache RR 200 V414
TVS Apache RR 200 V43
TVS Apache RR 200 V410
TVS Apache RR 200 V48
TVS Apache RR 200 V49
TVS Apache RR 200 V411
TVS Apache RR 200 V412
TVS Apache RR 200 V41

Related

447
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Bajaj Auto Ltd, Daju Motors Sdn Bhd, Modenas, naked bike, roda2, streetbike, TVS, TVS Apache RTR 200 4V, TVS Apache RTR 200 4V Race Edition 2.0, TVS Motor Company

Comments

  1. Fertilizer says

    September 19, 2018 at 9:58 PM

    Bwk msuk tvs Apache RR 310 la...

    Reply
  2. syamshiah Fakeh says

    September 24, 2018 at 8:59 AM

    COMPARE KAN DGN RS200 please....

    Reply
  3. Rafi says

    September 27, 2018 at 10:58 AM

    Betul ke kalau ikut belakang motor ni bau kuah dhal?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev