• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Konvoi Amal Modenas Pulsar Owner Club (MPOC) Sumbang Derma kepada Pusat Tahfiz

Konvoi Amal Modenas Pulsar Owner Club (MPOC) Sumbang Derma kepada Pusat Tahfiz

September 17, 2018 By ZY 1 Comment

915
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMPENA sambutan Hari Malaysia tanggal 16 September semalam, Modenas Pulsar Owners Club (MPOC) mengadakan lawatan amal ke Pusat Tahfiz Nur Ramadhan di Tanjung Malim, Perak.

Lawatan disertai 63 penunggang Modenas Pulsar NS dan RS itu sudah memulakan kutipan derma sejak sebulan lalu menerusi platform media sosial. Sejumlah RM6,400 dikutip dan diserahkan kepada mudir, Ustaz Abdul Aziz Mat Arof sebagai sumbangan untuk menjalankan aktiviti seharian pusat pengajian tersebut.

Presiden MPOC, Amirul Solihin berkata;

“Ini sebahagian aktiviti MPOC tahun ini. Selain meraikan Hari Malaysia, MPOC juga mengadakan lawatan amal dengan menyampaikan sumbangan ikhlas ahli kelab seluruh Malaysia kepada Pusat Tahfiz Nur Ramadhan.

“MPOC harap dapat meringankan bebanan dan membantu serba sedikit operasi seharian Pusat Tahfiz Nur Ramadhan. Lawatan sebegini juga mampu mengeratkan lagi hubungan dengan kelab Modenas Pulsar Perak pimpinan Mohd Fairus Niza yang turut turun padang bersama kami hari ini (semalam).”

4 TAHUN BEROPERASI

IMG-20180916-WA0010
IMG-20180916-WA0007
IMG-20180916-WA0004

Pusat Tahfiz Nur Ramadhan sudah beroperasi sejak 4 tahun lalu dan kini mempunyai kira-kira 50 pelajar dengan pelajar pondok seramai 10 orang, manakala tenaga pengajar terdiri daripada 7 guru , termasuk seorang guru separuh masa, dan seorang guru pondok.

Keunikan Pusat Tahfiz Nur Ramadhan ialah bangunan yang terletak di Perak, manakala pondok di Selangor dengan kedua-duanya berjarak lebih kurang 400 meter sahaja. Dua pusat pengajian itu juga bernaung di bawah satu pentadbiran, iaitu Maahad Tahfiz dan Ulum Ad Din Nur Ramadhan.

Kepada mereka yang mahu menyumbang kepada Pusat Tahfiz Nur Ramadhan, bolehlah salurkan sumbangan anda ke akaun:

MAYBANK - (TAHFIZ DAN ULUM AD DIN NUR RAMADHAN) - 1580-8846-2815.

* Artikel kiriman admin MPOC Miryu Nur Solihin dan Amreal Norman

GALERI

Related

915
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aktiviti, Auto Terkini, Kelab Motosikal, Lawatan Amal, Modenas, modenas pulsar, modenas pulsar NS200, Modenas Pulsar Owners Club (MPOC), modenas pulsar RS200, MPOC, Pusat Tahfiz, Pusat Tahfiz Nur Ramadhan

Comments

  1. Amirul says

    September 17, 2018 at 9:10 PM

    Alhamdulillah..terima kasih arena permotoran kerana cover ride amal ke tahfiz nur ramadhan..saya selaku wakil dari MPOC mengucapkan terima kasih...semoga ada yang menghulurkan bantuan dengan kewangan melalui akaun tahfiz yang diberikan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev