• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Wuling Dedah Foto Baojun CN210S, Lagi SUV Kompak Premium China Bikin Jiwa Kacau

Wuling Dedah Foto Baojun CN210S, Lagi SUV Kompak Premium China Bikin Jiwa Kacau

September 17, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

62
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUDAH tiba masa kita jangan terlalu memandang rendah jenama automotif China dan memang tidak mustahil pengeluar di sana bakal menenggelamkan produk-produk Eropah dan Jepun. Malah model terkini yang ditawarkan semakin berkualiti dan lebih baik.

Terbaharu, jenama Wuling dari China mendedahkan imej acah model kenderaan utiliti sukan (SUV), Baojun CN210S. Rekabentuk paling menyerlah ialah gril dengan logo kuda diletakkan di atas satu kamera kecil yang memberi gambaran SUV itu bakal dilengkapkan kamera 360º sebagai ciri standard. Logo dan gril disalut kemasan krom supaya lebih elegan, tetapi tidak berlebihan.

Bentuk sisi atas belakang sedikit bersegi, dan bawah agak bulat yang mirip Baojun 530. Melengkapkan lagi gaya sporty ialah spoiler, rel bumbung dan antena sirip jerung. Rekaan lampu belakang juga berbeza berbanding model abang yang direka tirus dan melintang sepanjang pintu but.

BACA>>>Baojun 510 Varian Auto Kini di Amerika, Lebih Murah daripada Ford Fiesta - RM44k

Tersemat di tengah lampu ialah perkataan 'Baojun' (gambar atas), sama konsep seperti Honda BR-V.  Rupa depan mendedahkan imej lampu siang (DRL) LED yang lebih nipis, manakala sisi kenderaan menyerlah sosok fizikal Baojun CN210S sebagai SUV kompak yang maskular menerusi penegasan garis badan.

Menarik!

Related

62
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Baojun CN210S, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV kompak, Wuling, Wuling Baojun CN210S, Wuling Motor Indonesia (WMI)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev