• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Niken: 7 Fakta Tentang Teknologi LMW, Tempahan Jepun Dibuka

Yamaha Niken: 7 Fakta Tentang Teknologi LMW, Tempahan Jepun Dibuka

September 20, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

235
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor Co Ltd pada 13 September lalu dalam sidang media di Tokyo melancarkan model Niken, termasuk membuka tempahan jentera tiga roda itu pada harga ¥1,780,000 (RM65,682) dengan sasaran jualan 400 unit untuk pasaran domestik.

Sebenarnya, Yamaha sudah lama mempromosikan pembangunan jentera tiga roda yang menggunakan teknologi proprietari dinamakan Leaning Multi-Wheeler (LMW) @ Multi-Roda Miring sejak 1976 menerusi model konsep berasaskan skuter, Passol.

Lengan stereng segi empat-selari (Parallelogram) link
Lengan stereng segi empat-selari (Parallelogram) link
Gambaran keseluruhan di bahagian depan yang mengawal geometri LMW Ackermann
Gambaran keseluruhan di bahagian depan yang mengawal geometri LMW Ackermann
Offset joint
Offset joint

Projek itu mensasarkan pembangunan mobiliti ketiga selepas beberapa tahun sejak tercetus krisis ekonomi 2008. Ia bermula dalam skala penuh dan selepas sekian lama, sistem itu direalisasikan pada 2014 menerusi Tricity 125cc sebagai projek pertama LMW.

BACA >>> Young Machine Dedah Lakaran Yamaha Tricity 250, Lagi Jentera Roda Tiga Diperkenalkan

Pembangunan diteruskan selepas lebih 40 tahun berlalu sejak Passol diperkenalkan.  Produk LMW itu dibangunkan menggunakan metod baru yang diterjemahkan ke atas Niken dan Yamaha sekali lagi mendedahkan kelebihan LMW, seperti berikut: 

1. RISIKO JATUH LEBIH RENDAH

Walaupun permukaan jalan licin, jika salah satu roda depan mencengkam permukaan jalan, risiko jatuh akibat roda depan tergelincir dikurangkan.

2. RASA STABIL WALAUPUN MEREDAH ANGIN LINTANG

Berlaku beberapa situasi yang membuatkan penunggang gementar apabila melalui kawasan angin lintang kuat sama ada ketika keluar dari terowong, melintasi jambatan dan laluan pergunungan. LMW mengurangkan keadaan tidak stabil atau badan jentera bergoyang akibat angin lintang.

Gambarajah sendi ofset menyingkirkan gangguan stereng - menjadikan roda depan seperti 'kelangkang ketam'.
Gambarajah sendi ofset menyingkirkan gangguan stereng - menjadikan roda depan seperti 'kelangkang ketam'.
Situasi paling berbahaya apabila membrek di selekoh walaupun motosikal ada ABS - kesan 2 tayar di depan lebih stabil.
Situasi paling berbahaya apabila membrek di selekoh walaupun motosikal ada ABS - kesan 2 tayar di depan lebih stabil.
Geometri Ackermann yang turut menggunakan 4 roda, tetapi bagi kes Niken, ia bertindak balas ketika mengambil selekoh.
Geometri Ackermann yang turut menggunakan 4 roda, tetapi bagi kes Niken, ia bertindak balas ketika mengambil selekoh.

3. MOTOR BERHENTI SELAMAT WALAUPUN MEMBREK KERAS

Badan motosikal boleh berhenti stabil walaupun brek ditekan keras ketika memecut laju atas jalan lurus.

4. SUSAH BERGOYANG

Ketika melangkah naik, motosikal tidak akan bergoyang kerana kadar serapan hentakan yang tinggi.

BACA >>> Bagaimanakah Yamaha Niken, Layan Corner?

5. MELAYAN SELEKOH LEBIH STABIL

Cengkaman tinggi dua roda depan dan geometri unik LMW Ackermann menjadikan pengalaman melayan selekoh lebih selamat dan natural.

yamaha-niken-1
yamaha-niken-12
yamaha-niken-10

6. MOTOR SUKAR TERSASAR APABILA MEMBELOK

Semakin dekat mahu membelok, keseimbangan beban motosikal cenderung tidak stabil. Yamaha berulang kali melakukan ujian dan hasilnya, LMW menunjukkan respon stabil ketika masuk dan keluar selekoh. Malah dikatakan lebih mudah mengambil selekoh dengan cekap walaupun tunggangan tidak stabil seperti ketika menerkam masuk sudut jalan atau cuba meminimumkan goyangan.

7. TINGKAH LAKU MOTOR SEDERHANA WALAU BREK DEPAN BERUBAH

Karakter motor kekal lembut dan tenang walaupun penunggang perlu membrek roda depan dalam situasi sukar di selekoh akibat halangan atau sebarang situasi kecemasan. Dengan LMW, pengalaman inersia roda depan ialah besar, tetapi karakter kenderaan bertukar lembut walaupun brek depan digunakan ketika mengambil selekoh dan kawalan badan tinggi.

BACA >>> Campagna T-Rex Electric - Roadster Tiga Roda dengan Enjin Motosikal EV

VIDEO

GALERI

SUMBER: YoungMachine

 

Related

235
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM), Leaning Multiwheel System (LMW), LMW, Sistem Multiroda Miring, Yamaha, Yamaha Motor Co. Ltd, Yamaha Niken

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev