• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pulangkan Lesen Terbang dalam Tempoh 30 Hari atau Bersedia Dikenakan Tindakan

Pulangkan Lesen Terbang dalam Tempoh 30 Hari atau Bersedia Dikenakan Tindakan

September 13, 2018 By Abang GYL Leave a Comment

256
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KIRA-KIRA 14,000 lesen terbang disyaki sudah dikeluarkan dalam tempoh dua tahun dan mereka yang terlibat perlu tampil dan menyerahkan semula kepada mana-mana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seluruh negara.

Demikian amaran Menteri Pengangkutan, Anythony Loke Siew Fook kepada pemegang lesen terbang yang terlibat dengan sindiket pengeluaran lesen tanpa mengikut prosuder sah.

“Mereka yang terlibat perlulah menyerahkan kembali lesen secara sukarela dalam tempoh 30 hari dan tiada tindakan akan dikenakan.

BACA >>> 5 Perkara Penting Ini (Mungkin) Tidak Diajar Ketika Ambil Lesen Motosikal

“Namun selepas tempoh itu, mana-mana pihak yang berdegil dan masih didapati memegang lesen terbang akan dipanggil temu siasat mengikut Seksyen 114, Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda mengikut Seksyen 108 APJ 1987 yang akan dikenakan denda minimum RM5,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali. Kami tahu siapa anda,” katanya.

Loke sebelum ini mendedahkan modus operandi sindiket pengeluaran lesen terbang dan pihaknya sudah mengambil tindakan dengan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Hasil siasatan dilakukan, SPRM menahan 12 pegawai dan anggota JPJ melibatkan kawasan di Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

lesen terbang
Kredit: Harian Metro

JANGAN BERANI CABAR SAYA

Tambah Loke lagi, pihak sindiket mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM3,500 bagi setiap lesen terbang dikeluarkan dengan melibatkan runner, anggota dan pegawai JPJ.

BACA >>> #SembangDeras: Dengan Budak Lesen L pun Tak Boleh Sabar Ke? Laju-Laju Nak Pi Mana?

“Untuk itu, kami sangat serius mengatasi gejala rasuah, terutama di JPJ dan tiada krompomi jika mereka terlibat. Penjualan lesen terbang ini juga satu pengkhianatan selain mendatangkan implikasi besar buat negara.

“Jangan berani cabar dan ingat saya cakap kosong saja. Segala maklumat yang diterima saya akan siasat,” katanya lagi.

Related

256
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, harga lesen terbang, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Kementerian Pengangkutan, lesen terbang, pemilik lesen terbang, Sindiket lesen terbang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my