REKOD jualan Ford pada November terus dipacukan oleh trak pikap Ranger dengan mencatatkan jualan keseluruhan sebanyak 830 unit. Daripada jumlah itu, Ford Ranger mencatatkan jualan sebanyak 707 unit berikutan penerimaan yang hangat.
Hadir dalam tiga varian iaitu Ranger XL, Ranger XLT dan WildTrak, harga jualan bermula dari harga RM91,588 hingga RM132,188.
Dari aspek mekanikal, trak pikap ini ditawarkan dalam dua varian enjin berbeza iaitu 3.2L Duratorq dan 2.2L Duratorq.
Bagi varian 2.2L Duratorq, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 158hp dan tork setinggi 385Nm. Manakala bagi varian WildTrak pula dipadankan dengan enjin 3.2L Duratorq 5-silinder TDCI dengan kuasa maksimum 198hp dan tork puncak 470Nm.
Leave a Reply