• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kymco Racing S 125 Facelift - Kini Lebih Ringan dengan 3 Mod Tunggangan Ergonomik

Kymco Racing S 125 Facelift - Kini Lebih Ringan dengan 3 Mod Tunggangan Ergonomik

September 12, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

228
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JENAMA Kymco begitu sinonim dengan produk skuter. Terbaharu, Kymco Japan Co Ltd bakal memperkenalkan model skuter 125cc versi dipertingkat esok (14 September) di Jepun. Model facelift itu kini lebih ringan 4kg berbanding model konvensional selain menampilkan warna baharu.

Berat badan ringan Kymco Racing S 125 dicapai dengan mengoptimumkan kekuatan frem, proses gilap, pengubahsuaian material batang pendakap, perubahan material batang pendakap tandem dan beberapa penambahbaikan lain. Pengurangan berat skuter itu menyumbang kepada pengendalian lebih ringan dan penambahbaikan prestasi pecutan dan enjin.

Berikut ciri utama skuter Kymco Racing S 125 versi Jepun:

1. FREM PENGHIDROBENTUKAN (HYDROFORMING)


Frem dibina berasaskan kaedah penghidrobentukan (hydroforming) yang dapat membentuk permukaan lengkung berterusan dan struktur kompleks bagi mencapai kekuatan tinggi dan keupayaan menyerap getaran. Frem ini mampu meningkatkan keupayaan atas jalan dan pada masa sama memberikan kestabilan dalam sebarang kondisi tunggangan.

2. REKABENTUK CANGGIH

Gaya badan dinamik dan identiti siri perlumbaan diserlahkan menerusi bahagian lampu depan kembar rendah dan lampu belakang LED bentuk U. Frem terdedah pada bahagian sisi badan memberikan penampilan solid dan cita rasa berbeza berbanding skuter konvensional.

BACA >>> Jenama KYMCO di Malaysia Kini Modenas yang Punya

3. TEKNOLOGI GESERAN RENDAH


Teknologi enjin geseran rendah yang lebih ringan dipadankan denan enjin kuasa tinggi yang menggunakan piston NASA aeroangkasa bersuhu ultra tinggi. Kymco turut mempatenkan kotak transmisi tahan debu dan sistem stabiliti aci engkol, termasuk enjin Thunderbolt baharu yang dijelmakan semula.

4. SISTEM SUNTIKAN KEIHIN

Sistem ini menggunakan 8 nozel injektor ketepatan tinggi bagi meningkatkan kecekapan pembakaran dan menambah baik pengatoman minyak serta pengeluaran emisi dengan bertindak balas baik ketika terotel dipulas.

5. SISTEM BREK BOLEH KAWAL


Roda belakang menggunakan ciri brek cakera boleh kawal, manakala rekabentuk brek depan apung sporty menawarkan kecekapan penyejukan yang baik dan boleh diset pada tahap tinggi.

BACA >>> Honda Scoopy - Skuter Gaya Retro yang Jadi Fenomena di Indonesia

6. POSISI TUNGGANGAN LEBIH BEBAS

Sudut posisi menunggang tinggi yang dipadankan lantai rehat kaki memberikan tiga mod tunggangan ergonomik: urban, racing, dan touring mengikut situasi semasa penunggang bagi mengurangkan keletihan ketika perjalanan jauh.

7. UTILITI LEBIH BAIK


Tidak ketinggalan, ruang simpanan lebih besar yang boleh memuatkan topi keledar muka penuh bersaiz XL, dan baju hujan serta soket mengecas.

8. ADA 4 WARNA BAHARU


Kymko Racing S 125 didatangkan dengan r warna pilihan: ruby red (merah), mat white (putih), matte silver metallic (perak) dan mat black (hitam). Harga jualan skuter ialah ¥299,160 (RM11,158).

GALERI

SUMBER: BikeBros

Related

228
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kymco, Kymco Japan Co. Ltd, Kymco Racing 125, Kymco Racing S 125, roda2, skuter

Comments

  1. Anas says

    September 13, 2018 at 4:20 PM

    Antara istilah khusus yang sukar diterjemah ke dalam bahasa Malaysia dalam satu perkataan:

    hydroforming = penghidrobentukan

    atau lebih tepat tetapi dalam dua perkataan:

    pembentukan-hidro

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev