• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Benarkah BMW Sedang Siapkan G310RR (2019)?

Benarkah BMW Sedang Siapkan G310RR (2019)?

September 12, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

262
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Motorrad bakal memperkenalkan 9 model baharu pada penghujung tahun ini dan salah satunya ialah BMW G310RR. Dibina di India, model itu berkongsi platform sama dengan TVS Apache RR 310, manakala trenkuasa dikongsi bersama BMW G310R.

Atas kertas G310RR akan berentap dengan Honda CBR300R, Kawasaki Ninja 400 dan KTM RC390.

Menurut laporan AsphaltAndRubber, G310RR (2019) kali pertama dikesan pada acara BMW Motorrad di Jepun yang dipasangkan komponen gentian karbon dan lencana G310RR pada fairing dengan penampilan seakan jentera lumba.

BMW G310RR (2019)2
BMW G310RR (2019)4

Namun agak sukar mengatakan itu ialah G310R. Kita mungkin tertanya, benarkah itu G310RR dan bukan G310R dengan fairing penuh? Bukankan motif pameran tersebut ialah mempamerkan hasil kerja gentian karbon yang dihasilkan BMW, sama ada dalam syarikat itu sendiri atau bersama rakan kerja teknikal?

BACA >>> TVS Apache RR 310 Lancar di India - Inilah Kembar G310R Tanpa Lambang BMW

Ini antara kebanggaan jenama Jerman, dan bukan kali pertama peminat dapat menyaksikan pengeluar Eropah itu menggunakan program dua roda sebagai pelaburan jenama. Lengkap dengan lampu depan, G310RR (2019) yang dipamerkan di Jepun itu selayaknya sudah siap untuk berentap dalam Kejuaraan Dunia Supersport 300.

BMW G310RR (2019)1
BMW G310RR (2019)3
BMW G310RR (2019)5

Sukar menjelaskan (berdasarkan imej) tentang seberapa banyak model itu berkongsi DNA sama seperti saudaranya, TVS walaupun dapat dilihat ada banyak persamaan pada roda dan suspensi. Namun, kerja badan motosikal itu secara langsung diilhamkan daripada daripada S1000RR, lengkap dengan fairing sisi dan spoiler muncung (nose).

BACA >>> BMW G 310 R 2016 Khas Untuk Penunggang Baharu

Imej berkenaan sudah menepati selera peminat motosikal tahun ini. Harapnya BMW Motorrad bakal melakukan debut mesin tersebut sempena Pameran Motosikal Antarabangsa (Intermot) 2018 pada Oktober ini dan juga Pameran Motosikal Milan (EICMA)

Related

262
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW, BMW G310R, BMW G310RR (2019), BMW Motorrad, BMW Motorrad Malaysia, BMW-TVS, Kejuaraan Dunia Supersport 300, roda2, TVS Apache RR 310

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev