• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki 125 Baharu Sah Debut Bulan Depan Sempena Intermot 2019!

Kawasaki 125 Baharu Sah Debut Bulan Depan Sempena Intermot 2019!

September 11, 2018 By ZY Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM melatah kenapa Kawasaki hendak lancar sportbike dan nakedbike 125cc, anda mesti tahu kedua-dua model baharu itu dibuat khas untuk pasaran Eropah kepada pemegang lesen A1 (sama seperti lesen L). Mereka cuma boleh menunggang 125cc.

BACA >>> Kawasaki Bakal Perkenal Ninja Paling Bongsu Hujung Tahun Ini

Memandangkan sudah sekian lama segmen 125cc dikuasai pengeluar Jepun lain seperti Yamaha YZF-R125 dan Honda CBR 125, jadi sudah sampai masa Kawasaki ikut langkah pesaing lain dengan melancarkan Ninja 125 dan Z125 baharu yang bakal ditayangkan kepada umum sempena Pameran Motosikal Antarabangsa (Intermot), di Cologne, Jerman bulan depan.

125CC? BUKAN 250SL KE NI?

Jika itu soalan anda ketika melihat imej di atas, jawapannya ialah ya, Ninja 125 dan Z125 ini menggunakan rekaan sama seperti model silinder tunggal Kawasaki 250cc, Ninja 250SL dan Z250SL, cuma diberikan warna baharu dan enjin ditala lebih kecil.

Sama seperti spesifikasi awal didedahkan, Ninja 125 dan Z125 baharu berkongsi dimensi sama seperti model abang 250SL dari segi panjang, lebar dan tinggi keseluruhan, termasuk saiz tayar, 100/80 17 (depan) dan 130/70 17 (belakang).

BACA >>> Kawasaki Ninja 150 Bakal Jengah Pasaran Malaysia? Ya atau Tidak?

Kuasa maksimum ialah 14.7hp, cuma separuh (53 peratus) daripada 250SL (27.6hp). Tiada angka tork didedahkan, tetapi dengan frem trellis ringan, kami jangka prestasi dihasilkan setanding dengan model sport/naked 125cc lain.


SPESIFIKASI TEKNIKAL AWAL

NINJA 125
Kuasa Maksimum: 14.7hp
Panjang x Lebar x Tinggi: 1,935mm x 685mm x 1,075 mm
Tayar Depan: 100/80-17M/C 52S
Tayar Belakang: 130/70-17M/C 62S
Tinggi Pelana: 785 mm

Z125
Kuasa Maksimum: 14.7hp
Panjang x Lebar x Tinggi : 1,935mm x 740mm x 1,015 mm
Tayar Depan: 100/80-17M/C 52S
Tayar Belakang: 130/70-17M/C 62S
Tinggi Pelana: 815 mm

GALERI

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: intermot 2019, Kawasaki Malaysia, kawasaki ninja, Kawasaki Ninja 125, KAWASAKI NINJA 250SL, Kawasaki Z125, Kawasaki Z125 Pro, KAWASAKI Z250, KAWASAKI Z250SL

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev