• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Dua Bulan Kuserahkan Jiwa Ragaku Hanya Untukmu, KTM 200 Duke Retro!

#BikinMotor: Dua Bulan Kuserahkan Jiwa Ragaku Hanya Untukmu, KTM 200 Duke Retro!

October 31, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM 200 Duke dari Indonesia ini berubah total daripada versi standard yang ada di pasaran. Penampilan moden roadster digantikan dengan imej retro dan modifikasi itu boleh dilihat di YouTube Atenx Katros. Jentera milik pelawak Indonesia, Wendi Cagur itu mengambil masa dua bulan untuk mendapatkan hasil seperti dalam gambar.

Bagi mendapatkan gaya retro, jentera Austria itu dipasangkan tangki minyak yang dikustom sendiri, panel sisi baharu, radiator keliling serba baharu dan gad bawah enjin kustom. Imej retro diserlahkan menerusi lampu utama bulat yang kemudian dipadankan bersama lampu suar projektor.

BACA >>> KTM 200 Duke (2018) Debut di Malaysia | Harga RM11,888

Selepas itu, perumah lampu depan berwarna hitam disambung dengan fork teleskopik terbalik (USD). Satu lagi elemen kustom yang boleh dilihat ialah padanan fender depan lebih pendek sekaligus mendedahkan tayar depan yang besar bersama rim aloi 17 inci.

Tentunya motosikal itu bukan untuk kegunaan off-road secara serius tetapi dengan padanan tayar bersaiz besar dan pelindung enjin sedemikian rupa, bolehlah sesekali melepas gian melayan laluan off-road santai.

PADANAN KOMPONEN KUSTOM DAN AFTERMARKET

Pemilihan ekzos selepas pasaran menggantikan unit stok di bawah perut jentera menyumbang kepada jarak kelegaan tanah lebih baik. KTM 200 Duke itu juga dilengkapi bar hendal hitam bersama bar genggam di bahagian hujung dan cermin sisi bulat.

BACA >>> Inilah Motosikal Penghantar Pizza Paling Laju, Custom Ekstrem dari UAE

KTM 200 DUKE RETRO-7
KTM 200 DUKE RETRO-6
KTM 200 DUKE RETRO-4

Pelana lama digantikan rekaan dan corak baharu. Frem motosikal dikustom semula untuk disesuaikan dengan elemen baharu. Begitu juga fender belakang yang dipadankan bersama lampu belakang aftermarket yang lebih kompak di hujung pelana.

Kemasan tangki minyak berwarna dan strip hitam bukan saja memberi fiil retro tetapi menjadikan penampilan motosikal lebih kacak. Bagaimanapun, informasi mekanikal tidak didedahkan. Tetapi kita sedia maklum spesifikasi standard 200 Duke dipadankan enjin silinder tunggal 199.5cc yang berupaya menghasilkan kuasa 23hp dan tork maksimum 19.2Nm dengan transmisi 6-kelajuan.

KTM 200 DUKE RETRO-2
KTM 200 DUKE RETRO-15
KTM 200 DUKE RETRO-9

BACA >>> #BikinMotor: KTM 390 Duke Badmaas Jadi Scrambler Lebih Ganas

Bagaimana pendapat Dukers di luar sana? Hasil kerja anak muda Indonesia ini layak diberikan pujian dan dijempul ibu jari. Apa dilakukan itu bolehlah dijadikan inspirasi kepada Dukers yang mahu mengubah suai jentera kepada imej Retro! Saksikan proses transformasi jentera Austria tersebut di bawah:

GALERI
KTM 200 DUKE RETRO-1
KTM 200 DUKE RETRO-2
KTM 200 DUKE RETRO-4
KTM 200 DUKE RETRO-5
KTM 200 DUKE RETRO-6
KTM 200 DUKE RETRO-7
KTM 200 DUKE RETRO-9
KTM 200 DUKE RETRO-10
KTM 200 DUKE RETRO-11
KTM 200 DUKE RETRO-12
KTM 200 DUKE RETRO-13
KTM 200 DUKE RETRO-14
KTM 200 DUKE RETRO-15
KTM 200 DUKE RETRO-16

Related

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikinmotor, KTM, KTM 200 Duke, KTM 200 Duke (2018), KTM Duke, ktm malaysia, Modifikasi, motosikal retro, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev