BAHANG perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 antara Selangor dan Kedah malam ini semakin terasa apabila ramai penyokong sudah berada di stadium Shah Alam, Selangor.
Yang pasti, Selangor akan bermain mati-matian dalam mengejar misi memburu kejuaraan ke-33. Kedah juga tidak mahu mengalah mahu mendakap kembali piala berprestij itu yang kali terakhir dimenangi pada 2008.
Lebih menarik, Proton turut berkongsi debaran dengan mempamerkan dua unit Proton Iriz yang dipadankan dengan pelekat Selangor dan Kedah.
Jika anda bakal berkunjung ke stadium Shah Alam malam ini, pasti akan dapat melihat kehadiran dua model unik ini.
Lebih penting, jaga adab ketika menonton perlawanan malam ini dan jangan lupa ambil gambar kenangan bersama kedua-dua model Iriz unik ini.
Foto Kredit: Proton Cars
Leave a Reply