• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tempahan Proton X70 Kini Dibuka - Deposit Cuma RM1k

Tempahan Proton X70 Kini Dibuka - Deposit Cuma RM1k

September 7, 2018 By Abang GYL 2 Comments

254
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERMULA 8 September 2018 (esok), orang ramai sudah boleh menempah Proton X70 dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM1,000 sahaja. Bagaimanapun, tiada sebarang tanda harga diberikan Proton dan masih jadi tanda tanya.

X70, yang juga kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton, bakal dilancarkan hujung tahun ini. Kepada mereka yang mahu melihat lebih dekat SUV berkenaan, Proton akan mengadakan siri jelajah pratonton bertemu pelanggan di 7 bandar utama Malaysia bermula 19 September hingga 4 November ini di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuantan, Ipoh, Sabah dan kuching.

Menurut Proton, siri jelajah berkenaan bertujuan membuka peluang kepada orang ramai, pihak perbankan dan insurans, termasuk pelanggan korporat berpotensi menyaksikan sendiri dengan lebih dekat model X70 sebelum SUV itu dilancarkan secara rasmi kelak.

RAHSIA SEBALIK NAMA PROTON X70

Sebenarnya nama tersebut dipilih daripada pertandingan atas talian yang dibuka kepada rakyat Malaysia untuk memilih salah satu daripada empat nama disenaraikan: PX70, X7, X70 dan X700. Proton telah menerima lebih 89,900 penyertaan dengan majoriti memilih nama X70.

Ia juga kali pertama Proton menggunakan sistem abjad angka untuk model jenama itu. Berdasarkan kajian, nama itu akan memudahkan Proton memasarkan SUV tersebut ke negara jiran Asean dan pasaran antarabangsa tanpa ada batasan bahasa.

Huruf X pula memang sinonim dengan nama kenderaan jenis crossover atau SUV. Jadi, penggunaan nama itu memudahkan pembeli mengenal pasti segmen model Proton ini, manakala nombor 70 menggambarkan saiz atau kelas segmen SUV. Ia berikan PROTON satu sistem logikal untuk menghasilkan model lebih besar atau kecil pada masa depan.

Amacam?

BACA >>> Proton Dedah SUV Pertama, X70 Tampil Rekabentuk Unsur Malaysia

GALERI

Related

254
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: enjin proton x70, enjin suv proton, harga suv proton, proton x70 malaysia, proton x70 suv proton, rahsia nama x70, suv malaysia, SUV Proton, suv proton x70

Comments

  1. Abdul Razak says

    September 24, 2018 at 7:15 AM

    How do i make deposit Rm1000 for Proton X70 SUV? Where do i have to go for the registration?
    What document do i have to present?

    Thank You.

    Reply
  2. fauziah binti ismail says

    December 13, 2018 at 9:08 PM

    bagaimana saya ingin hubungi agent proton untuk menempah kereta proton x70

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev