• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Proton Dedah SUV Pertama, X70 Tampil Rekabentuk Unsur Malaysia

Proton Dedah SUV Pertama, X70 Tampil Rekabentuk Unsur Malaysia

September 7, 2018 By Han Othman 2 Comments

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AKHIRNYA penantian berakhir, Proton dengan bangga mempamerkan X70, kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama keluaran pengeluar nasional itu kepada pihak media tempatan dalam sesi pratonton khas di Pusat Reka Bentuk Proton, Shah Alam.

Proton X70 direka dengan menggabungkan cita rasa rakyat Malaysia dengan mendapat sentuhan pasukan rekabentuk diketuai Naib Presiden Eksekutif Rekabentuk Geely, Peter Horbury. Dalam bidang rekabentuk, Horbury memiliki pengalaman 40 tahun dan cukup disegani dalam industri automotif.

BACA >>> #PanduUji: Geely Boyue | 14 Sebab Kenapa Kami Suka Bakal SUV Pertama Proton Ini

Malah, beliau penah menyandang jawatan Naib Presiden Rekabentuk di Volvo Car Corporation dan antara individu penting yang bertanggungjawab merevolusikan semula jenama Sweden itu ke peringkat global.

Menjelaskan tentang rekabentuk Proton X70, Ketua Rekabentuk Proton, Azlan Othman berkata, siluet yang dipadukan bersama garis badan penuh energi diilhamkan daripada bentuk otot dan kelincahan seekor kucing.

"Lebih tepat lagi, bentuk itu menggambarkan famili kucing besar, 'Harimau Malaya' yang memberikan kesan momentum mara ke depan. Ia dapat dikaitkan dengan rekaan lampu depan dan lampu siang (DRL), direka seakan sepasang 'mata' harimau yang mampu membuatkan kelibat SUV ini mudah dikenali di mana-mana," katanya.

BACA >>> Inilah Reaksi Tun M Apabila Ditunjukkan Demo Arahan Suara Bakal SUV Proton

REKABENTUK INFINITE WEAVE


Ada beberapa perubahan pada garisan luaran yang jelas membezakan Proton X70 dan model asal Geely. Azlan dan pasukan perekabentuk nyata mampu menghasilkan sentuhan unik tersendiri bercirikan Malaysia. Paling ketara, rupa gril depan yang menurut Azlan diilhamkan daripada busur yang melambangkan unsur tangkas, pantas dan ringan

Tidak lupa juga lambang Proton di tengah gril yang dibingkaikan di tengah tiga bar hitam mendatar. Jika dilhat lebih terperinci, rekaan bar menampil corak motif ulangan yang diilhamkan daripada seni ketukangan dan warisan semula jadi Malaysia.

BACA >>> Apakah Rahsia di Sebalik Nama Proton X70?

"Kami masukkan unsur unik yang ada di Malaysia dan menerapkannya dalam rekabentuk sebagai menghargai keunikan dan kekayaan persekitaran, tradisi dan warisan kita. Daripada seni ketukangan lampau, kami bangunkan dan kembangkan seni ukir kayu tradisional menjadi motif rekabentuk dipanggil Infinite Weave," jelas Azlan.

Melihat ruang kabin, jelas terserlah unsur premium seperti kemasan kulit Nappa, aksen aluminium dan skrin sentuh yang menyerlah elemen kemewahan, perincian ketukangan dan teknologi. Garisan dalaman elegan diilhamkan daripada kombinasi permukaan gelap dan terang, dengan tambahan sentuhan Malaysia menerusi patenInfinite Weave pada gril pembesar suara dan hendal pintu sebelah dalam.

Harga? Masih lagi dirahsiakan. Proton langsung tidak memberikan sebarang bayang mengenai harga SUV ini.

SIRI JELAJAH AWAM MULA 19 SEPTEMBER

Proton X70 SUV Malaysia
harga Proton X70 SUV Malaysia
Proton X70 SUV Malaysia_PanduLaju_PROTONSUVRearGrey

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Abdul Rashid Musa berkata, sesi pratonton Proton X70 tidak hanya dibuat bersama media. Proton turut merancang mengadakan siri jelajah pratonton bertemu pelanggan di 7 bandar utama Malaysia yang akan bermula 19 September hingga 4 November ini.

Siri jelajah ini bertujuan membuka peluang kepada orang ramai, pihak perbankan dan insurans, termasuk pelanggan korporat berpotensi menyaksikan sendiri dengan lebih dekat model X70 sebelum SUV itu dilancarkan secara rasmi hujung tahun ini.

"Sesi pratonton bermula 19 September dan kami mensasarkan mendekati hampir 6,000 orang. Itu hanya sebahagian kecil pembeli berpotensi yang kami sasarkan.Tetapi kepada mereka yang sudah yakin mahu beli SUV baharu Proton, kami akan mula buka tempahan X70 pada 8 September ini dengan deposit RM1,000 setiap satu unit," katanya lagi.

BACA >>> Saya Sudah Pandu Uji, SUV Proton Ini Kereta yang Bagus dan Berkualiti Tinggi - Tun M

GALERI

Related

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Geely, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Proton, PROTON Holdings Berhad, Proton X70, SUV, SUV Proton

Comments

  1. Wan Hasenah Wan Muhamed says

    September 8, 2018 at 11:38 AM

    Saya mmg berminat dgn SUV X70. Ada brapa jenis harga yang bersesuaian Spectnya. Thanks

    Reply
    • nurussalam aziz says

      November 13, 2018 at 10:16 AM

      Info dari salesman Proton.

      1) X70 Standard 2WD
      Color available: Snow White, Amor Silver
      Interior : Black Fabric
      Features: 6 Airbags, 17 Inches Rim, Fabric Seat, Reverse Camera
      *Tentative Price : RM8X,800

      2) X70 Executive 2WD
      Color available: Snow White, Amor Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown
      Interior : Black Leatherette
      Features: 6 Airbags, 18 Inches Rim, Leather Seat, 360 Camera
      *Tentative Price : RM9X,800

      3) X70 Executive AWD
      Car Color: Snow White, Jet Grey, Cinnamon Brown
      Interior : Black Leatherette
      Features: 6 Airbags, 18 Inches Rim, Leather Seat, 360 Camera
      *Tentative Price : RM1XX,800

      4) X70 Premium 2WD
      Color available: Snow White, Amour Silver, Jet Grey, Flame Red, Cinnamon Brown
      Interior : Brown Nappa Leatherette
      Features: 6 Airbags, 18 Inches Rim, Leather Seat, 360 Camera, Panoramic Roof, Advanced Driver Assistance System
      *Tentative Price : RM1XX,800

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev