• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Kit Lampu LED Aftermarket Mirip Model Baharu untuk Yamaha Y15ZR Lama

Kit Lampu LED Aftermarket Mirip Model Baharu untuk Yamaha Y15ZR Lama

September 3, 2018 By Aryon Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPERTI kita tahu, Yamaha Exciter 150 aka Y15ZR terbaharu baru saja diperkenalkan di Vietnam pada Ogos lalu. Walaupun dibina atas platform sama, tetapi ada beberapa perubahan ketara dibandingkan model lama, yakni model sedia ada di Malaysia, iaitu lampu utama LED dan panel meter digital penuh.

Terkini, muncul aksesori aftermarket, iaitu kit lampu utama LED jenama ZHI.PAT buatan Vietnam yang memiliki rekabentuk seakan lampu model baharu, tetapi dapat dipadankan untuk model lama (generasi pertama).

BACA >>> Yamaha Exciter 150 (Y15ZR Versi Vietnam) Lancar - Honda Winner Mula Risau

Kalau lihat gambar atas, Y15ZR (2018) baharu memiliki rekabentuk lampu lebih kontot berbanding model lama di bawah. Kluster lampu LED jauh dan dekat diatur kanan-kiri, sebaliknya versi aftermarket disusun atas (low-beam) dan bawah (hi-beam).

Kalau dilihat kualiti pembuatan, produk buatan ZHI.PAT itu nampak kemas dan tepat yang hampir menyamai kualiti lampu asli. Ada dua opsyen kit lampu utama LED ditawarkan: bezel tengah krom dan bezel tengah hitam. Terpulang kepada cita rasa masing-masing kerana kedua-duanya menawarkan kualiti sama.

Menurut data spesifikasi, lampu low-beam menggunakan LED 11 watt 12V, manakala hi-beam, LED 22 watt. Jika diperharikan, rekabentuk aksesori aftermarket itu memang nampak sepadan dengan lampu Y15ZR pasaran Malaysia. Soalannya, adakah aksesori ini sudah diimport masuk ke Malaysia? Kalau ada, di mana? Siapa boleh update?

SUMBER: Zhi.Pat

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Kapcai, Kit Lampu, lampu utama, Moped, Yamaha, Yamaha Exciter 150, Yamaha Y15ZR, ZHI.PAT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev