• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen T-Cross Siap Sedia Lawan Renault Captur, Nissan Juke Tahun Depan

Volkswagen T-Cross Siap Sedia Lawan Renault Captur, Nissan Juke Tahun Depan

September 3, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


VOLKSWAGEN T-Cross (2019) bakal menjadi model keempat baharu dalam famili kenderaan utiliti sukan (SUV) pengeluar Eropah itu, tahun depan. Diposisikan di bawah model T-Roc, Tiguan dan Touareg, crossover subkompak berkenaan dijangka melakukan debut rasmi pada Oktober ini.

T-Cross banyak mengambil rekabentuk T-Roc dan hanya dibezakan menerusi rekaan lampu belakang tersendiri. Berdasarkan previu, Volkswagen memilih kemasan warna terang unruk ruang kabin dengan 12 pilihan warna, manakala semburan cat badan didatangkan dalam dua tona warna.

The all new Volkswagen T-Cross
The all new Volkswagen T-Cross
The all new Volkswagen T-Cross

Lebih menumpukan praktikaliti, but belakang menawarkan ruang 385-455 liter (bergantung konfigurasi kerusi belakang) dan hingga 1,281 liter apabila dilipat sepenuhnya. Di pasaran, T-Cross bakal berentap dengan Seat Arona, Renault Captur dan Nissan Juke generasi kedua dengan jangkaan harga jualan atas  £17,000 (RM90,639).

BACA >>> Volkswagen Beetle Generasi Baharu Mungkin Muncul Sebagai EV

Dibangunkan atas platform MQB A0, SUV itu berkongsi enjin sama seperti Polo, iaitu 1.0 TSI petrol dan 1.6 TDI diesel. Menurut Volkswagen, tiada versi GTI buat T-Cross kerana lencana itu hanya khas untuk produk Up, Polo dan Golf.

GALERI

SUMBER: Autocar

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Nissan Juke, Renault Captur, Renault Captur Facelift (2018), SUV, SUV kompak, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen T-Roc, volkswagen tiguan, Volkswagen Touareg (2018), Volswagen T-Cross (2019), vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev