• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Royal Enfield Siapkan Jentera 700cc ke Atas, Mahu Lawan Triumph dan Harley-Davidson

Royal Enfield Siapkan Jentera 700cc ke Atas, Mahu Lawan Triumph dan Harley-Davidson

September 1, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

238
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ROYAL ENFIELD ialah raja segmen 200cc hingga 500cc dengan menguasai 90 peratus perkongsian pasaran di India. Pasaran motosikal kecil di India mencatatkan pertumbuhan positif, begitu juga dengan kemunculan pasaran baharu yang mendorong pengeluar antarabangsa membangunkan produk aras mula untuk meningkatkan jualan.

Ketika pengeluar ternama dunia cuba memasuki segmen motosikal bersesaran kecil, Royal Enfield India pula bertindak sebaliknya dengan merancang memasuki segmen 700cc ke atas untuk bersaing dengan Harley Davidson dan Triumph.

BACA>>>Royal Enfield Thunderbird X 350 dan 500 - Cruiser Gaya Amerika dengan Sentuhan Urban

PLATFORM BAHARU

royal enfield3
royal enfield2
Screen Shot 2018-08-31 at 2.11.23 PM

Terdapat 4 platform baharu sedang dibangunkan Royal Enfield dengan kod J, P, Q dan K. Difahamkan pelan perancangan itu ialah untuk tempoh 3-5 tahun akan datang menerusi barisan motosikal baharu bermula 350cc hingga 650cc ke atas.

Pembangunan semua produk itu pula dijalankan di pusat pembangunan Royal Enfield UK dalam usaha membantu syarikat menguasai segmen saiz sederhana antarabangsa:

KOD J: Sokongan platform generasi baru untuk model Classic, Thunderbird, Bullet dan Himalayan. Model akan datang ini bakal menggunakan trenkuasa baharu yang memenuhi regulasi BS-VI terkini ditetapkan Kerajaan India menjelang hujung tahun ini. Royal Enfield perlu memberi tumpuan kepada model aras mula ini kerana saingan di pasaran domestik akan jadi sengit pada masa akan datang menerusi kemunculan lebih banyak produk pengeluar antarabangsa.

BACA >>> Rajiv Bajaj: Royal Enfield Buat Skuter, Baru Kita Buat!

royal-enfield-thunderbird-x-10
butik_royal_enfield_pertama_di Malaysia_20187
Royal-Enfield-Thunderbird-350-Spartan-by-Bulleteer-Customs-right-side

KOD P: Jentera di bawah kod ini menumpukan kepada model kategori 650cc dengan enjin silinder kembar seperti Continental GT dan Interceptor. Khabarnya dua model ini bakal dilancarkan penghujung 2018.

KOD Q dan K: Model di bawah kod K bakal dikeluarkan pada 2020-2021 dengan sesaran enjin 600cc-700cc, manakala kod Q menumpukan kepada pembangunan jentera 1000cc ke atas yang akan bersaing dengan Triumph Thruxton, Harley Davidson Roadster dan Indian Scout Bobber. Jentera tersebut bakal diperkenalkan selepas 2021.

SUMBER: Rushlane

Related

238
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Harley-Davidson, roda2, Royal Enfield, Royal Enfield Continental, Royal Enfield India, Royal Enfield Interceptor, Triumph

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev