PERODUA Alza facelift (2018) memberi kejutan apabila muncul buat kali pertama dalam poster sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-61 di laman Facebook rasmi pengeluar nasional itu.
Berdasarkan foto berkenaan, Alza baharu menerima beberapa perubahan pada rupa depan. Antaranya rekaan gril baharu, termasuk kemas kini bampar, lampu kabus, rim gelap dan lampu utama. Jika diperhatikan secara teliti, rekaan depan Perodua Alza facelift(2018) ini tampak seperti model Myvi versi lama (generasi kedua @ Lagi Best).
BACA >>> Perodua Alza S & Myvi XS Premium Diperkenalkan
Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat lain seperti perubahan spesifikasi didedahkan Perodua. Begitu juga harga dan tarikh pelancaran. Kami anggarkan Perodua Alza facelift (2018) bakal diperkenalkan September ini.
FACELIFT SELEPAS HAMPIR 3 TAHUN
Kali terakhir Perodua memperkenalkan Alza versi facelift ialah pada 2015, menerusi Alza S (gambar brosur bawah) yang menampilkan pembaharuan rupa dan warna baharu - Metallic Electric Blue, lebih kurang sama seperti warna Alza facelift (2018) yang didedahkan ini.
Kami mengandaikan ini mungkin versi facelift terakhir model Alza sebelum digantikan dengan model serba baharu. Persoalannya, menarik tak rekaan Perodua Alza facelift (2018) ini? Mampukah buatkan hari anda terpikat?
BACA >>> #PanduUji: Perodua Myvi (2018) Baharu Sedap Dipandu, Tapi...
Leave a Reply