• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kalashnikov Lancar 2 Lagi Model Motosikal Elektrik, UM-1 dan SM-1

Kalashnikov Lancar 2 Lagi Model Motosikal Elektrik, UM-1 dan SM-1

August 30, 2018 By Aryon Leave a Comment

177
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI tidak tahu, selain mengeluarkan raifal ikonik AK-47, pengeluar senjata api, Kalashnikov juga berkecimpung dalam kejuruteraan automotif dan sebelum ini pernah menghasilkan sebuah motosikal elektrik untuk pasukan tentera dan polis Rusia.

Terbaharu, pengeluar itu melancarkan dua lagi motosikal elektrik dengan kedua-dua jentera tampil dalam rekabentuk lasak yang mengambil ilham karakteristik trail bike.

BACA >>> Kalashnikov Bikin Motosikal EV untuk Tentera, Polis Rusia

UM-1 FOKUS OFF-ROAD

kalashnikov-um-1
kalashnikov-um-2

UM-1 dan SM-1 dilengkapi tayar dadu dan suspensi travel untuk tunggangan jarak jauh, serta plat remuk untuk perlindungan daripada impak perlanggaran, sekali gus mendedahkan fokus asas kegunaan motosikal itu, iaitu tujuan off-road

Walaupun perincian belum didedahkan sepenuhnya, UM-1 (Urban Moto) yang menumpukan pasaran massa dikatakan mampu memecut hingga 100kmj bersama janaan kuasa 15kW (20.1hp) dengan jarak perbatuan 150km untuk sekali cas. Model itu juga memiliki berat antara 165kg hingga 245kg.

SM-1 REKABENTUK MILITARI

kalashnikov-sm-1
kalashnikov-sm-2

Bagi model SM-1 dengan rupa militari, kelajuan yang mampu dicapai ialah 90kmj dengan jarak perbatuan sama seperti saudaranya di atas, 150km. Menggunakan motor arus terus (DC) tanpa berus dengan penyejukan air, model ini boleh menggunakan bateri litium-ion boleh cas semula, absorber hidraulik dan fork terbalik (USD).

Realibiliti jentera ini masih lagi menjadi tanda tanya. Apakah kualitinya sama seperti produk AK yang mendapat pengiktirafan dunia? Tiada butiran lengkap dimaklumkan, mungkin sehingga fasa pengeluaran bermula.

SUMBER: MCN

Related

177
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kalashnikov, Kalashnikov AK-47, Kalashnikov SM-1, Kalashnikov UM-1, motosikal elektrik, motosikal EV, Raifal, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev