TIDAK dapat dinafikan, Honda Civic FD2 TypeR mempunyai kehebatannya yang tersendiri. Bukan saja menjadi pilihan para pelumba untuk beraksi di litar, malahan ia juga menjadi kegilaan orang ramai.
Kali ini, Pandulaju.com bersama majalah SHIFT akan merungkai kisah jentera FD2R yang telah menjalani beberapa proses modifikasi.
Saat bertemu si empunya jentera, Pjad Firdaus menyatakan segala proses modifikasi dilakukan bersama My Garage, Lochee, Pentagon dan Fawster Motorsport menerima sentuhan secara terperinci bagi mendapatkan hasil terbaik.
Melihat pada ruangan prestasi, jentera itu menggunakan alat ganti Spoon. Untuk kemantapan kawalan penggunaan kuasa enjin, throttle body dan header dari Spoon menjadi pilihan si empunya jentera.
Antara alat ganti yang turut dipadankan pada ruangan prestasi adalah Spoon B pipe, Spoon Muffler, Termostat, Plug Cover Kevlar, Head Cover’ K20, Oilpan dan Riggid Collar.
Tugasan penapisan udara enjin pula diserahkan kepada jenama Gruppe M. Bagi memastikan sistem elaktronik pada bahagian enjin dipantau sempurna, Hondata Flaspro dipiih untuk memantau sistem elektronik milik jentera tersebut.
Untuk kelancaran prestasi, transmisi jenis Limited Slick Differential atau dikenali sebagai LSD berprestasi tinggi dari digunakan bersama-sama ‘final drive’ dari jenama Spoon. Klac tunggal jenis OS Giken STR turut mendapat kepercayaan untuk melaksanakan tugasan ini.
Bagi mengimbangi jentera, rear chamber kit dan ball joint dari jenama Buddy Club digunakan. Malahan jika jentera sudah laju, pelapik brek haruslah berkualiti. Untuk itu, pelapik brek berprestasi tinggi dari Project U digunakan dimana ia berkemampuan menahan suhu sehingga 800 darjah selsius bersama-sama callipers asal FD2R ini.
Berpindah memasuki ruangan kabin, kerusi jenis bucket penuh jenis Zeta III dari jenama Bride menghiasi kedua0dua temoat duduk hadapan. Beberapa konsol meter tambahan dari Amish turut digunakan untuk memantau segala pergerakan enjin. Tombol gear jenis titanium juga dari jenama Spoon sekali lagi menjdadi pilihan.
Beralih pada luaran pula, keseluruhan bodykit jentera itu menggunakan jenama Spoon seperti bampar S-tai, cermin sisi, hood hadapan, bonet belakang, dan GT-wing. Segalanya tampak tersusun kemas menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya.
Mungkin anda sering kali melihat jentera ini berlegar di jalan raya, namun percayalah kehadiran pasti membuatkan anda tidak senang duduk. Pesanan kami, jangan sesekali ‘bakar line’, jika tidak tunggulah makan asap dek kelajuannya!
Teks Encik Punai Foto Shah Bahulu
SPESIFIKASI
Honda Civic FD2 Type R
ENJIN K20A
MODIFIKASI ENJIN Spoon Throttle body, Spoon Header, , Spoon B pipe, Spoon Muffler, Spoon Thermostat, Spoon Plug Cover Kevlar, Spoon Head Cover, Spoon Oilpan Spoon Riggid Collar, Air Filter Gruppe M, Haspot Engine Mounting
TRANSMISI Spoon Final Drive, Spoon L.S.D, OS Giken STR single clutch
ELEKTRONIK Hondata Flashpro
SUSPENSI & CASIS Spoon Adjustable Damper, Buddy Club rear Chamber kit, Buddy Club ball joint ARC.
SISTEM BREK Stock Brembo, Project U 800deg brake pad hadapan dan belakang
RODA Spoon CR93 yellow 17" 8.5jj offset +53, Tayar Hankook Ventus RS3 235/45/17
DALAMAN Bride Zeta III full bucket, Takakta 4points harness, Defi meter, Amiss gauge consol, Spoon steering wheel, Spoon steering bosskit, Titanium Spoon gearknob, Spoon rear view mirror.
LUARAN Bampar Spoon S-tai, Spoon aero side mirror, Spoon front Hood, Spoon rear bonnet, Spoon GT wing.
BENGKEL & TUNER My Garage, Lochee, Pentagon & Fawster Motorsport.
PEMILIK Pjad Firdaus
Kharul says
Saya Kharul Azman, memandu Honda stream RN6 RSZ dari segi enjin, ia guna enjin 1800 cc yang enjin kod R18a sama digunakan oleh Honda civic Fd1.
Sekiranya saya ingin menukar enjin fd2 enjin kod k20z. .pengubahan enjin mounting adakah ia menjadi kesalahan dari pandangan Puspakom dan jpj.